KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Julai 11, 2015

** JAMUAN MOREH 1436H **


Pada 26 Jun 2015 KRT Taman Utama dengan kerjasama Pakatan Taman Utama telah berjaya memasak dan mengadakan jamuan moreh di Masjid Seberang Pumpong. 

Menu yang dimasak adalah nasi tomato daging masak hitam. Sebanyak 300 pek nasi telah berjaya diagihkan kepada para jemaah masjid sebaik selesai sembahyang sunat teraweh.

Terima kasih kepada penderma dan Jiran Wanita yang bertungkus lumus menyediakan menu ini.









Jumaat, Julai 10, 2015

** MAJLIS PERPISAHAN **


Pada 9 Jun 2015, KRT Taman Utama telah mengadakan suatu majlis perpisahan bagi meraikan mantan Setiausaha KRT Taman Utama, En. Mohd Sharipudin b. Abu Kassim yang diarahkan oleh majikannya bertukar dari Kedah ke Cameron Highland.

Turut hadir meraikan beliau ialah YM Ku Aziz b. Ku Mat Esa dan En. Abdul Halim Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar dan Tuan Imam Masjid Seberang Pumpong, Tuan Haji Ismail b. Haji Sulaiman.

Majlis dipenuhi dengan ucapan, penyampaian cenderamata dan slaid gambar penglibatan beliau sepanjang menetap di Taman Utama. Lebih menarik perhatian ialah rumah baru beliau di Cameron Highland turut mempunyai KRT.

Terima kasih En. Mohd Sharipudin....budi, jasa dan bakti anda sekeluarga kekal terpahat dalam ingatan kami semua.




















** AKTIVITI CUTI SEKOLAH **


Sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun 2015 yang bermula mulai 1 - 14 Jun 2015, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk golongan pelajar.

Antara aktiviti yang diadakan ialah mewarna, kraftangan, kemahiran bahasa Inggeris, semarak jawi  dan kuiz.
KRT Taman Utama telah menghantar seramai 10 orang Tunas Jiran menyertai aktiviti yang diadakan itu. Mereka turut berjaya memperolehi pelbagai hadiah yang diberikan oleh penganjur.

Semoga mereka mendapat manfaat dan ilmu yang berguna di musim cuti sekolah ini.
























Selasa, Jun 16, 2015

** NISFU SYAABAN 1436H **


Sempena Nisfu Syaaban 1436H, KRT Taman Utama dengan kerjasama Pakatan Taman Utama telah berjaya menganjurkan majlis bacaan Yasin pada 1 Jun 2015 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Majlis bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah diikuti dengan Solat Hajat, bacaan Yasin sebanyak 3 kali, sembahyang Isyak dan jamuan ringan.

Majlis diketuai oleh En. Ismail b. Kassim, bilal masjid Seberang Pumpong. Menu yang disediakan oleh Jiran Wanita pada malam tersebut ialah Nasi Lemak berlauk bilis, telur dan udang.




















** BULAN PERPADUAN 2015 **


Pada 7 Mei 2015, Khamis JPNIN Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Bulan Perpaduan Peringkat Negeri Kedah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah di Hotel Tabung Haji, Kepala Batas.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah JPNIN Malaysia, Tuan L. Gandesan dan Pengarah JPNIN Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin. Majlis turut dihadiri oleh warga JPNIN Kedah yang terdiri daripada Pengerusi KRT, kakitangan JPNIN Kedah, Peronda SRS dan Skuad Unity.

KRT Taman Utama diwakili oleh En. Abd Halim Ahmad dan 3 orang anggota Skuad Unity iaitu En. Zahid Abdullah, En. Mohd Fadzil Ibrahim dan En. Abd Rashid Abd Rahman

Perbarisan Skuad Unity.

Skuad Unity KRT Taman Utama bersama anggota yang lain.

Jumaat, Mei 15, 2015

** TETAMU DARI SELATAN TANAH AIR **


Pada 3 Mei 2015, KRT Taman Utama telah menerima lawatan integrasi daripada KRT Jalan Usaha, Taman Sri Lambak, Kluang Johor. Mengetuai lawatan ialah En. Mohd Zul b. Shahri, Setiausaha KRT tersebut.

Rombongan seramai 70 orang adalah dalam rangka lawatan ke Pulau Langkawi mulai 1 Mei 2015. Turut hadir meraikan pelawat ialah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, YM Ku Aziz b. Ku Mat Esa dan En. Abdul Halim b. Alwi.

Turut serta dalam lawatan ini ialah guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Kluang, Johor. Tetamu kali ini amat hebat kerana mereka adalah Naib Johan Pengurusan KRT Cemerlang Peringkat Kebangsaan tahun 2014 yang turut ditandingi oleh KRT Taman Utama, tetapi tewas diperingkat saringan lagi.

Objektif program adalah :
- Merapatkan hubungan antara KRT Taman Utama dengan KRT Jalan Usaha.
- Merapatkan silatulrahim antara Jawatankuasa KRT.
- Percambahan fikiran antara KRT.
- Menyatukan KRT dalam satu program.

Ketibaan mereka pada jam 2.00 petang telah diraikan dengan jamuan nasi tomato berlauk ayam masak merah. Selesai makan, majlis diteruskan dengan majlis ucapan dan berbalas cenderamata antara ke dua pihak. Majlis berakhir pada jam 4.00 petang.

Pengerusi KRT Taman Utama menyambut ketibaan tetamu.

















Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dari Johor kalian kemari
Kami ucapkan selamat datang



































Blog Widget by LinkWithin