KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, September 25, 2009

A TRIBUTE TO EN. MOHD YUNOS B. MANSOR ( Di Manakan Ku Cari Ganti )

Pada 22 September 2009, saya menerima sms daripada Pengarah JPNIN Kedah memaklumkan akan pertukaran tugas beliau ke Ibu Pejabat JPNIN di Putra Jaya pada bulan Oktober 2009 nanti. Secara peribadi saya amat terkejut dengan pertukaran ini kerana beliau amat rapat dengan AJK KRT yang terdapat dalam Negeri Kedah ini, apatah lagi beliau pun baru 3 tahun rasanya berkhidmat di Kedah ini. Rasanya masih belum panas lagi kerusi dan bilik yang baru diduduki beliau di pejabat baru di Anak Bukit itu semenjak berpindah dari Bangunan BSN.
Saya mula mengenali beliau sewaktu beliau merasmikan KRT Tanjong Bendahara beberapa tahun yang lalu. Hubungan menjadi kian mesra apatah lagi jabatan beliau dan saya berada dibawah satu kementerian yang diketuai oleh YB Dato' Mohd Shafie Apdal ketika itu. Beliau sering menghubungi saya untuk mengetahui sesuatu lawatan yang akan dilakukan samada oleh Menteri atau VIP lain dari Kuala Lumpur ke Negeri Kedah.
KRT Taman Utama sendiri amat bertuah kerana telah dikunjungi oleh beliau sebanyak dua kali sepanjang beliau menjadi Pengarah. Tidak semua KRT berkesempatan menerima kunjungan beliau. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti,namun yang tumbuh dan berganti itu pastinya tidak sama dengan yang patah dan hilang itu.

Kepada En. Mohd Yunos b. Mansor, kami di KRT Taman Utama mengucapkan selamat maju jaya bila bertugas ditempat baru dan semoga tidak melupakan kami disini. Kepada bakal pengganti beliau, kami ucapkan selamat datang! Dikesempatan ini, kami juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah silap kami di KRT Taman Utama terhadap Tuan.
Berucap sewaktu lawatan KRT Wakaf Mek Zainab, Kelantan ke KRT Taman Utama.
Berucap di Jamuan Hari Raya KRT Taman Utama 2008.
Menyampai cenderahati kepada Pengerusi KRT Taman Utama di Pertandingan Karaoke.

Bersama Jiran Muda KRT Taman Utama di Kursus ICT Jiran Muda di Langkawi pada 2008.

TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAILAH KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin