KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Februari 15, 2010

- GOTONG ROYONG BERSAMA KOMUNITI -

Tarikh : Sabtu, 13 Februari 2010.

Masa : 8.00 pagi.

Perasmian : YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata.


Objektif :


. Mencegah nyamok aedes dan demam denggi.

. Mengekalkan semangat gotong royong di kalangan penduduk Taman Utama.

. Merapatkan hubungan kerjasama di antara KRT Taman Utama dengan Environment - Idaman Sdn Bhd.

. Menyatukan penduduk Taman Utama dalam suatu program.

. Menceriakan kawasan Taman Utama.

. Merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat tempatan.

Kawasan sasaran :

. Padang permainan Taman Utama.

. Parit besar.

. Longkang kecil.

. Kawasan bahu jalan.

Alhamdulillah program yang julung kalinya dianjurkan bersama dengan Syarikat Environment-Idaman telah berjaya diadakan dengan jayanya. Program ini diadakan secara 3 peringkat, di mana peringkat pertama bermula pada 10.2.2010 apabila pihak E-Idaman mulai membersih dan memotong rumput di kawasan bahu jalan dan lorong belakang rumah. Pada peringkat ke dua pihak E-Idaman mulai memotong rumput di kawasan padang permainan manakala peringkat terakhir ialah penglibatan pihak E-Idaman dan KRT Taman Utama membersih sisa yang ditinggalkan dan pembersihan menyeluruh kawasan belakang / lorong rumah dan longkang kecil di kawasan Taman Utama.


Pada hari kemuncaknya iaitu pada 13.2.2010, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md Hanipah, ADUN Bakar Bata telah sudi untuk menyertai gotong royong dan seterusnya merasmikan program ini. Beliau juga turut sudi menaja sarapan pada pagi tersebut iaitu Nasi Lemak Kopi O dan Pulut Ikan Kering.

Dalam ucapan perasmiannya beliau memuji usaha yang diadakan antara pihak KRT Taman Utama dan E-Idaman dalam mengadakan program ini dan mengharapkan usaha seperti ini akan berterusan di masa akan datang. Beliau turut memuji KRT Taman Utama yang merupakan KRT yang paling aktif dan berjaya dalam DUN Bakar Bata yang diwakili beliau. Atas kejayaan dan keaktifan KRT Taman Utama, beliau telah sudi menaja sarapan pagi yang bernilai RM 250.00 dan berjanji akan menghulurkan sumbangan RM 3,000.00 lagi dalam tempoh waktu yang terdekat untuk KRT membeli beberapa keperluan asas yang difikirkan perlu dan bersesuaian di Taman Utama. Pada majlis tersebut juga beliau telah menyumbangkan 2 biji bola futsal, 2 biji bola padang dan satu set jaring gol kepada Biro Jiran Muda yang beliau sendiri mengakui amat aktif menyertai pertandingan futsal yang sering diadakan di sekitar Bandaraya Alor Setar.


Pada awalnya, pihak Jawatankuasa KRT Taman Utama amat bimbang dengan penglibatan penduduk kerana tarikh yang dipilih oleh E-Idaman adalah sehari sebelum Tahun Baru Cina dan sekolah mulai bercuti menyebabkan ramai penduduk yang bercuti dan balik kampong. Tetapi kebimbangan itu lebur begitu sahaja kerana masih ramai penduduk yang menyahut seruan gotong royong ini apabila lebih daripada 100 orang penduduk menyertai program ini. Terima kasih kepada semua penduduk dan semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam gotong royong ini.

Kalau ada sumur di ladang

Boleh kita menumpang mandi

Kalau ada rumput yang panjang

Kita panggil E-Idaman lagi.





  • YB Dato' Paduka Ahmad Bashah, Pengerusi dan Setiausaha KRT Taman Utama bersama "senjata" masing-masing sebelum gotong royong bermula.

  • Penduduk yang bersemangat untuk memulakan gotong royong.

  • AJK KRT Taman Utama mengambil kesempatan bergambar bersama YB Dato' Paduka Ahmad Bashah.

  • YB sedang ditemuramah oleh RTM yang turut membuat liputan.

  • Antara Jiran Wanita yang menyertai gotong royong.

  • En. Fisal b. Abu, Assistant Manager Corporat Communication Environment-Idaman Sdn Bhd sedang memberi taklimat gotong royong.

  • YB Dato' Paduka Ahmad Bashah sedang berucap merasmikan program.

  • Antara penduduk yang menyertai program.



  • YB sedang menyampaikan sumbangan bola kepada Pengerusi KRT Taman Utama.

  • Aksi-aksi YB sewaktu gotong royong.





  • Oiii, mai la makan dulu, baru kita sedap nak buat kerja !!!











  • Ha... inilah hero Taman Utama! Pak Halim nama dia. Tiap kali gotong royong pasti dia pulun habis sampai sanggup masuk dalam longkang!



  • Sebahagian sisa pepejal yang dikumpul sewaktu gotong royong.



  • Tu dia, hampa tengok!!! licin habis dalam longkang, di mana la nyamok nak tidur lepas ni....

  • Jiran Wanita pun tak mau mengaku kalah....

  • Awat, hampa ingat Jiran Muda tak ada semangat gotong royong ka? tengok kaki la..

  • Ai sey Mak Lang ni, nampak macam dok dangdut la pulak!!!!



  • Nah! hampa tengok habis anak beranak keluarga En. Nadzri ni bergotong royong!!!

  • Geng ni pulak, tak mau biar sampah lama-lama, depa bakar terus !!!

  • Tu dia, Pengerusi KRT dan Pengerusi MKK Taman Utama berganding bahu membuang sisa buangan binaan rumah di jalan masuk Taman Utama.



  • Lorong belakang rumah yang habih licin di kerjakan. Macam ni la yang kita nak !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin