KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Februari 14, 2011

PERONDA SRS MEMBANTU MANGSA KEBAKARAN

Hari Khamis, 3.2.2011 merupakan hari cuti umum di seluruh negara kerana menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari tersebut pihak AJK KRT Taman Utama dan Peronda SRS sekali lagi mengadakan gotong royong membina tandas di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.

Pada jam 1.20 tengahari, sebuah rumah yang terletak berhampiran Taman Utama telah terbakar akibat litar pintas. Peronda SRS yang sedang bergotong royong membina tandas Pusat Rukun Tetangga ( 500 meter daripada tempat kejadian ) telah bergegas pergi membantu mangsa kebakaran tersebut sebelum kedatangan pihak Bomba Dan Penyelamat. Pasukan yang diketuai oleh Ketua Peronda iaitu En. Zahid b. Abdullah telah sempat menyelamatkan beberapa peralatan seperti kereta, motorsikal dan perabot yang berada dibawah rumah dan disekitarnya.

Mereka kemudiannya turut membantu pihak Bomba Dan Penyelamat mengawal lalulintas dan kawasan kebakaran tersebut bagi memudahkan urusan memadam kebakaran. Blogger ketika kebakaran berlaku, sedang menghadiri majlis kenduri perkahwinan, turut bergegas pulang setelah mendapat info daripada salah seorang AJK KRT Taman Utama. Namun hanya sempat merakamkan usaha-usaha terakhir pihak Bomba sahaja yang memadamkan kebakaran tersebut manakala gambar pihak Peronda SRS yang membantu diawalnya tidak sempat dirakamkan.

Tahniah dan syabas kepada Peronda SRS KRT Taman Utama. Bagi blogger, sudah tiba masanya suatu pasukan atau unit khas ditubuhkan oleh pihak KRT dalam sesuatu daerah dan kawasan bagi membantu usaha-usaha seperti ini seperti yang disarankan oleh Pengarah JPNIN Negeri Kedah sewaktu berucap di Majlis Anugerah Kualiti Rukun Tetangga Negeri Kedah di Sungai Petani baru-baru ini. Sebagai contoh pihak KRT boleh mewujudkan unit khas membantu mangsa kebakaran, mangsa banjir dan malapetaka atau bencana lain yang menimpa disesuatu tempat. Dengan ini akan lebih melonjakkan lagi nama dan imej KRT dimata umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin