KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, September 07, 2011

MESYUARAT JAMUAN HARI RAYA 2011


Pada 7 September 2011, KRT Taman Utama telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2011. Seramai 20 orang daripada 25 orang AJK telah menghadiri mesyuarat ini. Agak mendukacitakan kerana tiada wakil daripada JPNIN Daerah Kota Setar menyertainya walaupun surat dan sms telah dihantar.

Semua AJK yang hadir telah datang dengan membawa bersama kueh raya yang masih ada dirumah masing-masing untuk dikongsi bersama.

Mesyuarat yang bermula pada jam 9.45 malam ini telah menetapkan majlis jamuan ini akan diadakan pada hari Sabtu 24 September 2011 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Antara VIP yang akan dijemput ialah YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Ahli Parlimen Alor Setar, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata, Pengarah JPNIN Negeri Kedah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Penghulu Mukim Pumpong dan Imam Masjid Seberang Pumpong.

Disamping mengadakan jamuan, jawatankuasa juga bersetuju untuk mengadakan Hari Keluarga pada hari tersebut dengan pengisiannya ialah mengadakan acara sukaneka pada waktu pagi dan jamuan tengahari apabila tamat acara. Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah akan diadakan pada sebelah malamnya yang akan bermula pada jam 8.30 malam.

Menu yang akan disediakan ialah nasi ala kampong pada waktu tengahari manakala menu pada waktu malamnya ialah lontong, laksa, ketupat, nuget, ais cream, keropok lekor, cucur udang, laksa Sarawak, tapai dan kueh.

Turut dibincang dalam mesyuarat ialah pelantikan Bendahari KRT Taman Utama bagi menggantikan En. Mohd Nasser b. Mat Akhir yang meletakkan jawatan kerana kekangan tugas tempat beliau berkerja. Setelah sessi pemilihan, mesyuarat telah memilih Pn. Noorhashimah bt. Yusof sebagai Bendahari KRT Taman Utama yang baru. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga pengalaman beliau yang aktif berkecimpung dalam arena politik Parlimen Alor Setar akan dapat diterap dan dikongsi bersama oleh KRT Taman Utama.

Pengerusi sedang mengendalikan mesyuarat. ( Maaf gambar kurang jelas kerana bateri lemah )









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin