KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Jun 10, 2014

** PROGRAM CUTI SEKOLAH - HARI KELUARGA **


Sempena cuti pertengahan tahun penggal persekolahan 2014, KRT Taman Utama telah mengadakan perkhemahan Hari Keluarga bertempat di Sedim Eco Theme Park & Resort di Sedim, Daerah Kulim, Kedah.

Program yang pada asalnya disasarkan kepada 30 buah keluarga hanya disertai oleh 18 buah keluarga sahaja kerana pertembungan dengan kenduri perkahwinan dan sesetengah keluarga gagal mendapat cuti kerana terpaksa berkerja mengikut shif, terutama yang berkerja di hospital, Jabatan Penjara dan JPJ.

Setiap keluarga dikenakan sedikit bayaran untuk urusan penginapan dan makan. Terima kasih kepada JPNIN Negeri Kedah yang sudi menyuntik sedikit dana kewangan kepada KRT Taman Utama bagi menjayakan program ini.

Selain mengisi masa lapang bersama keluarga, perkhemahan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan kepentingan berkaitan eko sistem dan hidupan akuatik sungai kepada golongan Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Taman Utama. Ini disebabkan keadaan bentuk muka bumi dan sungai dikawasan ini belum tercemar akibat kegiatan yang dilakukan sendiri oleh manusia.


Horey ! kami dah sampai ...

Program selama 2 hari 1 malam ini bermula pada 6 - 7 Jun 2014. Peserta mulai berkumpul pada jam 7.30 pagi di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama bersama keluarga dan kenderaan masing-masing. Di sini, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pengerusi dikuti dengan bacaan doa untuk keselamatan perjalanan oleh Setiausaha. Peserta kemudiannya bergerak secara konvoi menuju ke destinasi yang terletak hampir 180 kilometer dari Taman Utama dan tiba disana pada jam 10.30 pagi.

Setiausaha sedang melekat sticker program di kereta peserta.

Pengerusi sedang memberikan taklimat kepada peserta.

Setiausaha memimpin bacaan doa selamat .



Sebahagian daripada Jiran Muda lelaki.
Tunas Jiran keletihan selepas berada 2 jam dalam kereta.

Setibanya di lokasi, peserta berkumpul dalam kafeteria dan mendengar taklimat daripada pengurus resort En. Mohd Syamuddin berkaitan kemudahan, peralatan serta keselamatan kawasan resort diikuti dengan jamuan ringan kepada peserta.

Selesai taklimat, peserta mulai check in ke chalet yang telah ditetapkan diikuti dengan aktiviti mandi sungai. Ramai peserta yang teruja dengan kejernihan dan paras air sungai tersebut yang sesuai untuk aktiviti keluarga.

Selesai mandi, peserta menikmati sajian makan tengahari. Peserta lelaki kemudianya keluar menunaikan solat Jumaat di masjid yang berhampiran resort manakala kaum ibu meneruskan aktiviti mandi bersama anak-anak.

Ucapan aluan pengurus resort. Ada peserta menyatakan mukanya mirip kumpulan lawak Shiro...

Pada jam 3.00 petang, semua peserta bertolak menuju ke kawasan Tree Top Walk yang terletak kira-kira 2 kilometer dari resort dengan menaiki kenderaan masing-masing. Di sini para peserta diberikan taklimat oleh petugas, mengenai sejarah pembinaan, keluasan, ketinggian dan tujuan pembinaan. 

Jambatan Tree Top Walk ini merupakan antara yang terpanjang di dunia. Panjangnya adalah 1.5 kilometer manakala ketinggiannya adalah 34,450 meter dari aras tanah.

Harga tiket untuk menaiki jambatan ini adalah RM 10.00 tanpa mengira usia, namun peserta KRT Taman Utama diberikan harga istimewa iaitu RM7.00 sahaja. Para peserta mulai menaiki jambatan ini pada jam 4.00 petang. 

Selesai menaikinya, peserta kemudiannya bertolak semula untuk pulang solat Asar di resort dan menyertai acara sukaneka diikuti dengan mandi sungai sekali lagi.

Jiran Muda mendahului peserta lain menuju ke lokasi permulaan Tree Top Walk.

Bergambar dipapan tanda lokasi.

Petugas sedang memberikan taklimat kepada peserta.

Peserta mulai meniti jambatan.

Ada peserta yang tidak mampu melalui jambatan ini kerana faktor gayat kepada ketinggian dan terpaksa berpatah kembali.

Sungai yang berada dibawah jambatan.



Papan kenyataan berkaitan jenis-jenis pokok yang terdapat sepanjang jambatan. Sayang sekali ianya tidak diurus dengan sebaik mungkin kerana begitu daif, kabur dan kotor.



Antara buah kayu yang terdapat sepanjang jambatan.



Berhenti rehat untuk melepaskan penat.





Pokok Kulim, asal nama Daerah Kulim.

Bergambar apabila selesai meniti jambatan.

Jiran Wanita bersantai di anjung chalet. Pada program ini mereka hanya relax sahaja tanpa perlu memasak.

Acara kumpul coklat...

Opocot !!! akhirnya pecah juga belonnya ...

Haaa ... tiup sampai habis tepung tu !!!

Dua beradik ini memang sempoi bila menyertai acara sukaneka.

Setiausaha sedang mengendalikan acara sukaneka.

Pada waktu malam, selesai solat Maghrib dan Isyak, peserta berkumpul di kafeteria untuk makan malam dan jamuan barbeque. Sebelum itu diadakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka.





Jiran Muda membakar ayam, ikan dan cocktail.

Pn. Rasinah, AJK KRT Taman Utama memulakan acara makan malam .. hee .. hee ..


Sessi penyampaian hadiah acara sukaneka.


Makan malam bermenukan nasi goreng, ayam goreng dan sayur kobis.

Keesokan harinya, pada 7.6.2014, selesai solat suboh dan senaman pagi, para peserta diberikan ruang dan masa yang panjang untuk aktiviti mandi sungai mulai dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.


Peserta mulai check out dari resort pada jam 1.00 tengahari dan bertolak pulang pada jam 2.30 petang. Peserta selamat tiba ke Taman Utama pada jam 4.30 petang. Terima kasih kepada peserta yang menyertai. Tidak ketinggalan terima kasih daun keladi kepada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah serta pihak pengurusan resort.





Jiran Wanita berbual dan membuat teh tarik sambil mengawasi anak-anak mandi.



Rambutan yang masih berputik di kawasan chalet. Buah-buahan yang terdapat disekitar resort ini dijangka mulai masak pada akhir bulan Ramadhan nanti.

Hati siapa tak terliur dengan buah durian yang bergantungan didahan ini....


Jiran Muda perempuan..

Lagak anak kecil Pengerusi...


Kejernihan airnya yang memukau dan menggoda siapa saja yang melihatnya.

Aksi terjunan Jiran Muda.

Gelagat Jiran Muda lelaki.

Isteri blogger melayani karenah anak.

Jiran Wanita turut teruja untuk mandi apabila melihat kejernihan air sungainya.




Adik Fahmi teruja dengan buah cempedak yang sedang membesar.

Chalet yang ditempah.

Bersedia untuk bertolak balik.

Pada waktu malam, sekembalinya dari Sedim, peserta telah diraikan pula oleh En. Zainul Sidik b. Mydin Pitchay, AJK KRT Taman Utama yang sudi menjamu pulut durian sebagai tanda penghargaan dan ucapan  terima kasih kepada kalangan peserta yang kebanyakanya banyak membantu beliau sewaktu mengadakan kenduri perkahwinan anaknya pada 1.5.2014 lalu.

En. Zainul Sidik, berbaju hijau sedang mengopek durian.


Kanak-kanak dan kaum ibu menikmati durian di bahagian belakang dewan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin