KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Februari 25, 2015

** TAKLIMAT SKIM PERLINDUNGAN INSURAN BERKELOMPOK **


Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah telah berjaya menganjurkan Taklimat Skim Perlindungan Insuran Berkelompok AJK RT / SRS, Mediator Komuniti 2015/2016 pada 24 Februari 2015 di Dewan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah.

Taklimat adalah terbuka untuk semua Pengerusi Rukun Tetangga yang terdapat dalam seluruh Negeri Kedah. KRT Taman Utama telah diwakili oleh Pengerusinya, En. Yahya b. Abd Raof. Taklimat yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Pengarah telah memberikan beberapa aspek perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua KRT pada tahun 2015, antaranya pertama, penggunaan slogan Gemilang Perpaduan dan Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian ditonjolkan dalam setiap program yang dilaksanakan. Kedua, penekanan aspek keselamatan, keharmonian dan perpaduan yang perlu dititik beratkan dan ke tiga KRT perlu mengadakan program yang boleh dinilai prestasi dan dibuat penanda aras mengikut kesesuaian kawasan sesebuah KRT.

Selepas ucapan perasmian pihak PDRM Negeri Kedah telah menyampaikan taklimat keselamatan yang berkisar kepada peranan dan kerjasama KRT dengan PDRM yang disampaikan oleh DSP Md. Akhir Jaafar dari Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kedah, diikuti dengan taklimat skim perlindungan insuran berkelompok oleh pihak MAA Takaful yang bakal dinikmati oleh Jawatankuasa KRT dan Peronda SRS.
 


Pendaftaran peserta.

Pengerusi KRT Taman Utama bersama sebahagian peserta yang hadir.

Ucapan Tuan Pengarah JPNIN Kedah.



Pengacara majlis.

Tuan DCP Mohd Akhir Jaafar.

Pegawai MAA Takaful



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin