KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Disember 20, 2015

** PENUBUHAN JPKRT DAERAH **


Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (JPKRT) bagi Daerah Kota Setar / Padang Terap dan Pokok Sena telah berjaya diadakan buat pertama kalinya pada 30.11.2015 di Hotel Seri Malaysia Alor Setar.

Objektif utama penubuhan JPKRT adalah bagi memantau KRT dalam 3 buah daerah ini yang kurang aktif menjalankan aktiviti serta membantu Pejabat Perpaduan Daerah dalam menjalankan program yang berlangsung dari masa ke semasa.

Mesyuarat yang terdiri daripada 25 orang Pengerusi KRT daripada 78 buah KRT telah memilih Tuan Haji Kadir Mohamad, Pengerusi KRT Kg. Berjaya sebagai Pengerusi JPKRT manakala En. Yahya Abd Raof, Pengerusi KRT Taman Utama sebagai Setiausaha dan En. Mohd Anuar Affendi Abd Aziz, Pengerusi KRT Taman Seri Marina sebagai Bendahari.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin