KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Mac 27, 2016

** KHIDMAT SOSIAL - TEH TARIK **


Pada cuti penggal pertama persekolahan tahun 2016, ramai dikalangan ibubapa yang mengadakan jamuan kenduri sempena perkahwinan anak-anak mereka. Di Taman Utama, setiap warganya  yang mengadakan kenduri perkahwinan akan mendapat khidmat teh tarik percuma dari KRT Taman Utama.

Khidmat sosial ini mendapat sambutan hebat dari jemputan yang menghadiri kenduri. Pada cuti kali ini terdapat 2 orang penduduk yang mengadakan kenduri dan mendapat sumbangan gerai teh tarik KRT Taman Utama.

Pada 19.3.2016 petugas KRT Taman Utama telah memberikan khidmat sosial ini di rumah Tuan Haji Naharudin Ismail, beralamat no. 271, Taman Utama.





Pada jam 12.30 Pengerusi KRT Taman Utama telah sempat menghadiri kenduri perkahwinan anak salah seorang Pengerusi KRT di Taman Wira, Mergong. Di sana Pengerusi berkesempatan berjumpa dan bergambar bersama YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah yang merupakan ADUN Bakar Bata.




Turut ditemui disini ialah Tuan Haji Kadir Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin