KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Julai 24, 2016

** JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016 **


Pada hari Jumaat, 22 Julai 2016, KRT Taman Utama telah bergabung dengan Pakatan Taman Utama menganjurkan Jamuan Hari Raya AidilFitri di perkarangan Dewan Taman Utama. KRT Taman Utama mengeluarkan dana RM1000.00, manakala Pakatan Taman Utama mengadakan kutipan sumbangan dikalangan penduduk. Turut menghulurkan sumbangan ialah AMANITA IPK PDRM Negeri Kedah iaitu sebanyak RM500.00.

Majlis bermula mulai jam 9.00 malam yang dihadiri oleh warga Taman Utama serta para jemaah Masjid Seberang Pumpong. Turut hadir ialah Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah iaitu Haji Abdul Kadir b. Mohamad, beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

Turut serta ialah anggota Unit AMANITA IPK Kedah yang diketuai oleh ASP Chumil bt. Saad, Unit Rondaan Bermotorsikal IPD Daerah Kota Setar serta beberapa AJK daripada KRT berhampiran Taman Utama.

Antara menu yang disediakan ialah nasi beriyani ayam, mee kari, ketupat, cucur udang, ais cream, beraneka kueh raya, buah-buahan, teh tarik dan air orange. Turut diadakan ialah cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak.



Tambah kapsyen

































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin