KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Mac 28, 2016

** SAMBUTAN HARI POLIS DAERAH KOTA SETAR **


Sempena sambutan Hari Polis pada 25.3.2016 lalu, seramai 4 orang AJK dan Peronda SRS KRT Taman Utama telah menerima surat penghargaan daripada Ibu Pejabat PDRM Daerah Kota Setar.

Sijil telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan di IPD Kota Setar. Penerima KRT Taman Utama ialah :

1. Yahya Abd Raof
2. Zahid Abdullah
3. Mohd Fadzil Ibrahim
4. Abd Halim Ahmad.

Tahniah dan syabas.




Ketua Peronda SRS Taman Utama.



Ahad, Mac 27, 2016

** MENINJAU LOKASI MAJLIS PELANCARAN ANAK ANGKAT AMANITA **


Susulan mesyuarat pada 21.3.2016, sekali lagi pihak AMANITA dari PDRM IPK Kedah telah datang ke KRT Taman Utama bagi meninjau lokasi majlis pelancaran Jiran Wanita KRT Taman Utama sebagai anak angkat mereka.

Team seramai 5 orang diketuai sendiri oleh Supt Wong Ing Fong yang datang meninjau tapak dikawasan padang Taman Utama. Beliau datang pada jam 6.00 petang pada 23.3.2016.












Di akhir pertemuan, mereka disajikan dengan minuman air kelapa.

** MESYUARAT KE 2 BERSAMA AMANITA **


Pada 21.3.2016 sekali lagi pihak AMANITA PDRM dari IPK Kedah telah datang mengadakan mesyuarat gerak kerja pelancaran Jiran Wanita KRT Taman Utama sebagai anak angkat mereka.

Jika kali pertama mereka datang bertemu dengan Jiran Wanita sahaja, pada kali ini turut hadir ialah semua AJK KRT Taman Utama. Mesyuarat dipenuhi dengan susun atur majlis dan pembahagian tugas antara ke dua belah pihak. Mesyuarat dipengerusikan oleh Supt Wong Ing Fong.






















** KHIDMAT SOSIAL - TEH TARIK **


Pada cuti penggal pertama persekolahan tahun 2016, ramai dikalangan ibubapa yang mengadakan jamuan kenduri sempena perkahwinan anak-anak mereka. Di Taman Utama, setiap warganya  yang mengadakan kenduri perkahwinan akan mendapat khidmat teh tarik percuma dari KRT Taman Utama.

Khidmat sosial ini mendapat sambutan hebat dari jemputan yang menghadiri kenduri. Pada cuti kali ini terdapat 2 orang penduduk yang mengadakan kenduri dan mendapat sumbangan gerai teh tarik KRT Taman Utama.

Pada 19.3.2016 petugas KRT Taman Utama telah memberikan khidmat sosial ini di rumah Tuan Haji Naharudin Ismail, beralamat no. 271, Taman Utama.





Pada jam 12.30 Pengerusi KRT Taman Utama telah sempat menghadiri kenduri perkahwinan anak salah seorang Pengerusi KRT di Taman Wira, Mergong. Di sana Pengerusi berkesempatan berjumpa dan bergambar bersama YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah yang merupakan ADUN Bakar Bata.




Turut ditemui disini ialah Tuan Haji Kadir Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

** TAKLIMAT KOSPEN **


Pada 17.3.2016 KRT Taman Utama telah mengundang Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar ke Taman Utama bagi tujuan untuk taklimat dan penerangan berkaitan KOSPEN - Komuniti Sihat Perkasa Negara, kepada barisan AJK KRT Taman Utama.

Ini ekoran daripada pemilihan KRT Taman Utama sebagai ahli KOSPEN yang berada dibawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar. Terima kasih kepada En. Shahron Nizam b. Hussin yang sudi datang memberikan pencerahan berkaitan KOSPEN ini. Taklimat bermula pada jam 10.00 malam dan berakhir satu jam selepas itu yang turut diselang seli dengan dialog antara ke dua pihak.


En. Shahron Nizam sedang menyampaikan taklimat kepada AJK KRT Taman Utama.











** MESYUARAT KALI PERTAMA JIRAN WANITA DAN AMANITA **

Isnin, 6.3.2016 beberapa orang anggota Polis DiRaja Malaysia dari unit AMANITA telah datang bermesyuarat dengan AJK Jiran Wanita KRT Taman Utama. Mereka diketuai oleh Superitenden Wong Ing Fong dari IPK Kedah.

Antara yang dibincangkan ialah pemilihan Jiran Wanita Taman Utama sebagai anak angkat AMANITA Kontijen Kedah. Turut dibincangkan ialah tarikh pelancaran dan pengisian program.


Supt Wong, berbaju putih mempengerusikan mesyuarat.






Ahad, Mac 06, 2016

** KEM ANAK SOLEH - HARI TERAKHIR **


Hari Ke dua, Sabtu - 27 Februari 2016.

SLOT 4 - Kuliah Solat.
9.00 pagi - 12.00 Tengahari.
Penceramah : Ustaz Haji Sarbani b. Saad
Jabatan Penjara Alor Setar.

Kem hari ke dua dimulakan dengan sambungan kuliah berkaitan solat yang merupakn fokus utama kem ini. Selesai sessi kuliah Ustaz Haji  Sarbani, Setiausaha KRT Taman Utama, Ahmad Kamarol Osma menguji peserta kem dengan persembahan berkumpulan tatacara mengambil air sembahyang, tayamum dan tertib solat.










Kaum ibu turut mengikuti kuliah solat.





Praktikal solat.

Menu tengahari...nasi ayam yang ditaja oleh Pengerusi Jiran Muda, Nik Riduan Nik Lah, berbaju orange. 100 pek semuanya.


SLOT 5 - Motivasi Keluarga.
3.00 - 5.00 petang.
Penceramah : Ustaz Izzat Hambali

Slot ini merupakan slot yang dinanti-nantikan oleh semua peserta dan ibubapa yang dikehendaki hadir bersama peserta mengikuti sessi motivasi ini. Diakhir sessi ialah muhasabah diri peserta bersama ibubapa yang mengundang airmata.



















Salah seorang waris peserta kem memberikan sumbangan RM5.00 pada setiap peserta.







SLOT KE ENAM - Perasmian Penutup.
9.00 malam.
Perasmi : Puan Siti Sofiah bt Mohd Taib
Timbalan Pengarah JPNIN Kedah.


Pn. Siti Sofiah bersama Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama.









Penyampaian sijil.





Ucapan Pengerusi KRT Taman Utama.

Ucapan penutup.



Blog Widget by LinkWithin