KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Februari 19, 2013

** PROGRAM 1 MALAYSIA AMAN **


Program anjuran PDRM Negeri Kedah ini telah diadakan di Dewan Hock Teik Soo, Sungai Lalang, Bedong Kedah pada 19 Februari 2013. Program bertemakan United Against Crime ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman b. Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada jam 4.00 petang.

Pada 7 dan 13 Februari 2013, Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar telah meminta blogger dan Ketua Peronda SRS Taman Utama untuk menghadiri mesyuarat khas program ini bersama Ketua Polis Daerah Kota Setar, Tuan ACP Adzaman b. Md. Jan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. Dalam mesyuarat tersebut Tuan ACP Adzaman telah meminta pasukan NGO dan sukarelawan yang banyak membantu pihak PDRM dalam Daerah Kota Setar menghadiri perhimpunan 1 Malaysia Aman ini.

Lima (5) buah pertubuhan telah dikenalpasti iaitu Peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS), Crisis Relief Squad Of MCA Alor Setar Division (CRSM), Keselamatan Melayu Kedah (KMK), Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Unit Kawalan Keselamatan (UKK) untuk menghadiri program ini, mesyuarat menetapkan setiap skuad akan menghantar seramai 20 orang anggota.

Seramai 100 orang anggota ini telah bertolak menaiki 2 buah bas yang disediakan oleh PDRM Daerah Kota Setar dan bergerak mulai jam 12.30 tengahari secara konvoi dari perkarangan Masjid Zahir, Alor Setar bersama gerombolan anggota lain yang turut serta dengan menaiki motorsikal dan kereta persendirian.

Sempena program ini, beberapa anugerah penghargaan telah diberikan kepada beberapa pertubuhan dan orang perseorangan yang banyak membantu pihak PDRM bagi menangani jenayah dibawah program NKRA.


Team CRSM dan KMK yang menaiki motorsikal mengawal jalanraya sepanjang perjalanan peserta.

Booth pameran JPNIN Negeri Kedah yang diketuai oleh En. Mohd Yusof b. Daud.
Blogger bersama kakitangan JPNIN Negeri Kedah.

Ketibaan Datuk Wira Abu Seman.
En. Mohd Yusof bersama Pengerusi SRS Taman Seri Derga, En. Ahmad Tarmizi. SRS ini sudah 2 tahun memenangi anugerah SRS Cemerlang Daerah Kota Setar

Sessi sidang akhbar
En. Loh Ming Jie, Peronda SRS Bedong yang menerima sijil penghargaan khas bergambar bersama anggota PDRM Daerah Kuala Muda.
Booth pameran PDRM.
Blogger bersama En. Mohd Yusof dan En. Suhaimi.
Salah seorang wakil penduduk  menerima peruntukan RM10,000.00 untuk menjalankan rondaan kawalan keselamatan di kawasan perumahan seperti yang dibentangkan dalam bajet 2013 oleh Perdana Menteri.

Sabtu, Februari 16, 2013

** AKTIVITI JAHITAN JIRAN WANITA **


Melangkah ke tahun 2013, biro Jiran Wanita kian aktif menjana aktiviti mereka. Mungkin mendapat semangat  dengan pengerusi yang baru ataupun bersemangat setelah mendapat pakaian seragam yang baru agaknya ....

Terkini pada 15 Februari 2013 lalu, biro ini menjalankan aktiviti kelas jahitan kepada ahli-ahlinya. Kelas telah dibimbing oleh Pn. Ku Zaharah bt. Ku Yahya, salah seorang warga Taman Utama sendiri. Kelas bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. 

Disamping mendapat ilmu baru, program seumpama ini mampu merapatkan lagi silatulrahim dikalangan penduduk serta dapat menarik minat lebih ramai lagi Jiran Wanita untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Pada 21 Februari 2013 nanti biro ini akan menganjurkan ceramah agama sempena sambutan Maulidur Rasul. Ceramah akan disampaikan oleh Y. Bhg Ustazah Faridah bt. Haji Ahmad, daripada Pejabat Mufti Negeri Kedah.











Rabu, Februari 13, 2013

** AKTIVITI AMAL JARIAH TEH TARIK **


Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina 2013, ramai dikalangan ibubapa mengambil kesempatan mengadakan kenduri perkahwinan anak-anak mereka. Tidak ketinggalan ialah En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai Kanan JPNIN Negeri Kedah.

Beliau telah melangsungkan perkahwinan dua anak beliau iaitu Yuslina dan Abu Bakar bersama pasangan masing-masing pada 11.2.2013 di Taman Mutiara Naga, Kepala Batas, Kedah.

KRT Taman Utama telah diundang oleh En. Mohd Yusof untuk menyediakan teh tarik kepada tetamu beliau, kerana sambutan hebat yang diberikan oleh tetamu terhadap teh tarik KRT Taman Utama sewaktu kenduri perkahwinan anak beliau tahun 2012 lalu.

Terima kasih kepada En. Mohd Yusof kerana sumbangan ang pau kepada petugas teh tarik ......








En. Mohd Yusof meraikan Pengarah JPNIN Kedah yang datang bersama ahli keluarga beliau. Tuan Pengarah turut mem "booking" teh tarik KRT Taman Utama untuk kenduri perkahwinan anak gadisnya pada bulan Mei 2013 nanti.....


Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke anak cucu......

Sabtu, Februari 02, 2013

** MY BEAUTIFUL MALAYSIA : VOLUNTEERISM DAY - PERINGKAT NEGERI KEDAH **


Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 3 Februari 2013, mulai jam 8.30 pagi bertempat di Taman Rekreasi Gunung Keriang, iaitu 5 kilometer daripada Taman Utama.

Turut hadir ialah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan b. Abdul Razak, Menteri Besar Kedah, YB Dato' Paduka Haji Ahmad Bashah, ADUN Bakar Bata, Dato' Paduka Haji Rasli Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar.

KRT Taman Utama tidak ketinggalan menyertai ribuan sukarelawan lain apabila menghantar beberapa orang AJK dan Peronda SRS untuk bersama membersihkan kawasan rekreasi tersebut. Turut bersama ialah beberapa orang kakitangan JPNIN Negeri Kedah dan kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar.

Semoga kempen ini akan melekat dihati sukarelawan dan orangramai yang lain bagi menjaga kebersihan dan keindahan tempat kediaman dan rekreasi yang sedia ada demi untuk kebaikan bersama dan menambahkan lagi tarikan kepada pelancung daripada luar negara untuk datang ke negara kita, bukan sekadar hanya gimik dan hangat-hangat tahi ayam sahaja, apbila tamat program tabiat buruk seperti membuang sampah di merata tempat akan kembali berlaku.



Kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar sedang memunggah turun peralatan untuk gotong royong daripada kenderaan mereka.
Sukarelawan daripada KRT Taman Utama bergambar bersama En. Mohd Yusof Daud, daripada Ibu Pejabat JPNIN Negeri Kedah.
Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan dan Menteri Besar Kedah menaiki buggy untuk ke gimik pelancaran.




Blogger bersama YB Dato' Paduka Haji Ahmad Bashah.




Sukarelawan KRT Taman Utama, berbaju kuning sedang menyertai sukarelawan lain membersih kawasan rekreasi.


Blog Widget by LinkWithin