KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Julai 11, 2015

** KEMBARA RAMADHAN 1436H / 2015 **


Pada 4 Julai 2015, sekali lagi KRT Taman Utama menyertai program Kembara Ramadhan anjuran NGO WargaKilang menjelajah Daerah Sik dan Baling bagi menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin yang telah dikenalpasti  dibeberapa buah kampong.

KRT Taman Utama diketuai oleh Pengerusi dan 4 orang AJK iaitu En. Mohd Fadzil Ibrahim, En. Abdul Rashid b. Abd Rahman, En. Abd Halim b. Ahmad dan En. Che Daud b. Hashim yang sudi menggunakan kenderaan pacuan 4 rodanya bagi membawa barang sumbangan. Turut menyertai ialah 2 orang pelajar MSU Kuala Lumpur iaitu adik Fadzli dan adik Amin.

Sebanyak RM 3230.00 sumbangan daripada penduduk Taman Utama dan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah diterima bagi program kali ini. Sebanyak RM 1217.00 telah digunakan untuk membeli barangan seperti beras, gula, minyak masak dan kopi, manakala selebihnya diberikan wang tunai sama rata kepada 45 buah keluarga yang menerima sumbangan. Turut dibawa ialah pakaian terpakai.

Dengan keadaan kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barang kini, sumbangan ini sedikit sebanyak membantu dan memberi mereka kelegaan dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya nanti. Purata penerima adalah berpendapatan bawah paras kemiskinan yang majoriti adalah penoreh getah.

Ramai yang menitis air mata pada hari tersebut, samada penerima mau pun pemberi. Penerima terharu menerima barangan dan wang ringgit apatah lagi dengan harga getah hanya RM2.50 sekilo sekarang diuji pula dengan musim hujan sekarang.

Terima kasih kepada yang memberikan sumbangan dan kerjasama.


Wang tunai yang dibawa.

Selesai memuatkan barangan dalam kereta

Barangan yang dibawa dikumpulkan di perkarangan Masjid Felda Lubuk Merbau dan diagihkan kepada 45 buah keluarga.





AJK KRT Taman Utama.







2 pelajar MSU



Konvoi 70 buah kenderaan.





Sumbangan susu kepada bayi yang turut berpenyakit,

Barangan yang dibeli.

Membelah kesunyian kampong.

Peserta non Muslim.



Kerjasama antara peserta.

Ditengah kebun getah











Bacaan doa selamat sebelum memulakan perjalanan





Adik Fadzli menyampaikan sumbangan



Che Daud Hashim menyampaikan sumbangan wang tunai.



Durian dan rambutan yang sedang masak di belakang rumah penerima.



En. Moneir, penyelaras program bersama pelajar MSU



** JAMUAN MOREH 1436H **


Pada 26 Jun 2015 KRT Taman Utama dengan kerjasama Pakatan Taman Utama telah berjaya memasak dan mengadakan jamuan moreh di Masjid Seberang Pumpong. 

Menu yang dimasak adalah nasi tomato daging masak hitam. Sebanyak 300 pek nasi telah berjaya diagihkan kepada para jemaah masjid sebaik selesai sembahyang sunat teraweh.

Terima kasih kepada penderma dan Jiran Wanita yang bertungkus lumus menyediakan menu ini.









Jumaat, Julai 10, 2015

** MAJLIS PERPISAHAN **


Pada 9 Jun 2015, KRT Taman Utama telah mengadakan suatu majlis perpisahan bagi meraikan mantan Setiausaha KRT Taman Utama, En. Mohd Sharipudin b. Abu Kassim yang diarahkan oleh majikannya bertukar dari Kedah ke Cameron Highland.

Turut hadir meraikan beliau ialah YM Ku Aziz b. Ku Mat Esa dan En. Abdul Halim Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar dan Tuan Imam Masjid Seberang Pumpong, Tuan Haji Ismail b. Haji Sulaiman.

Majlis dipenuhi dengan ucapan, penyampaian cenderamata dan slaid gambar penglibatan beliau sepanjang menetap di Taman Utama. Lebih menarik perhatian ialah rumah baru beliau di Cameron Highland turut mempunyai KRT.

Terima kasih En. Mohd Sharipudin....budi, jasa dan bakti anda sekeluarga kekal terpahat dalam ingatan kami semua.




















** AKTIVITI CUTI SEKOLAH **


Sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun 2015 yang bermula mulai 1 - 14 Jun 2015, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk golongan pelajar.

Antara aktiviti yang diadakan ialah mewarna, kraftangan, kemahiran bahasa Inggeris, semarak jawi  dan kuiz.
KRT Taman Utama telah menghantar seramai 10 orang Tunas Jiran menyertai aktiviti yang diadakan itu. Mereka turut berjaya memperolehi pelbagai hadiah yang diberikan oleh penganjur.

Semoga mereka mendapat manfaat dan ilmu yang berguna di musim cuti sekolah ini.
























Blog Widget by LinkWithin