Alhamdulillah, perjumpaan yang dirancang pada 1 April 2010 berjalan dengan lancar. Walaupun hujan lebat turun mulai jam 5.00 petang namun beransur reda apabila masuk waktu Maghrib. Seramai 24 orang Sukarelawan berdaftar dan 3 orang penduduk yang belum mendaftar telah menghadiri perjumpaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Ketua SRS iaitu En. Zahid b. Abdullah. Beliau yang merupakan bekas anggota pasukan Wataniah 504 di Kem Bukit Kayu Hitam memang berpengalaman dalam aktiviti rondaan dan kawalan keselamatan.
Taklimat bermula pada jam 9.30 malam. Sebelum taklimat, para sukarelawan terlebih dahulu dihidangkan dengan jamuan mee dan bihun kuah ala Penang yang disediakan oleh En. Zainul Sidik b. Mydin Pitchay, En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Zahid sendiri. Cuaca sejuk akibat hujan turun menjelang Maghrib, telah menyemarakkan selera sukarelawan yang hadir.
Perjumpaan yang berakhir pada jam 12.00 malam ini berjaya menghasilkan beberapa ketetapan dan rumusan yang dibuat secara kolektif diantara semua para sukarelawan. Selain daripada percambahan fikiran, hasil dari perjumpaan ini juga telah merapat dan mengeratkan silatulrahim sesama sukarelawan.Tahniah kepada Ketua Sukarelawan dan sukarelawan yang hadir. Semoga usaha dan niat suci ini akan mendapat redha Allah dan ganjaran pahala kebajikan apabila rondaan ini mulai beroperasi pada pertengahan April ini.
En. Zahid b. Abdullah, Ketua Sukarelawan sedang mempengerusikan perjumpaan dengan di bantu oleh bekas anggota Komando Kem Sungai Udang, En. Din b. Mansor ( Din Rambo ) yang juga merupakan salah seorang Jawatankuasa KRT Taman Utama.
Sukarelawan sedang menjamu selera...
Antara sukarelawan yang hadir.
Pengerusi KRT Taman Utama turut memberikan taklimat.
En. Din Rambo sedang kekenyangan mee kuah...... he ..he..he..
Setiausaha hanya bertindak sebagai pemerhati dan sesekali turut mencelah membantu En. Zahid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.