KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Oktober 19, 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ENVIRONMENT IDAMAN SDN BHD

Tarikh : 9 Oktober 2010.
Lokasi : Perkarangan Pejabat Environment Idaman Sdn Bhd, Rumah Kedai Taman Anggerik Peremba, Off Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Setiausaha KRT Taman Utama hadir bagi mewakili penduduk Taman Utama ke majlis ini. Difahamkan majlis hanya dikhaskan untuk kakitangan Environment Idaman dan beberapa tetamu jemputan sahaja. Namun disebabkan lokasi majlis terletak berhampiran Pasar Besar, maka ramailah orang menyerbu ke majlis ini. Difahamkan tidak menang tangan kakitangan syarikat ini melayan dan tidak cukup makanan jadinya.

Apapun terima kasih kepada pihak pengurusan syarikat kerana menjemput AJK KRT Taman Utama ke majlis ini.



Setiausaha KRT Taman Utama bergambar bersama CEO Environment Idaman, En. Mhd Shaiful, berkemeja kuning dan beberapa orang staffnya yang berbaju Melayu.


Puan Sim, AJK KRT Kota Tanah turut membantu pihak syarikat melayan tetamu..


Puan Ku Zaharah sedang menggaul rojak...


Sate... menjadi pilihan ramai pada hari tersebut...


Terima kasih daun keladi... lepas ni jemputlah lagi......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin