KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Oktober 06, 2010

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2010

Tarikh : Sabtu, 2 Oktober 2010.
Masa : 8.30 malam.
VIP : En. Loh Eng Chong, Setiausaha Sulit Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar dan En. Abdul Halim b. Alwi, PPP Daerah Kota Setar, Pengerusi KRT Taman Derga Jaya dan AJK KRT Kota Tanah.

Konsep jamuan yang diketengahkan oleh Jawatankuasa KRT Taman Utama pada tahun ini, 1 Malaysia - Jiranku, Keluargaku telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk. Melalui konsep ini para penduduk dikehendaki membawa juadah makanan daripada rumah masing-masing untuk berkongsi makan dengan jiran tetangga yang lain.

Hasilnya, pelbagai menu telah dapat dinikmati bersama oleh seluruh penduduk Taman Utama yang hadir. Ada yang membawa juadah sendiri, ada yang berkongsi dengan jiran sebelah rumah dan ada juga yang berkongsi dengan jiran dalam blok kediaman.

Antara menu yang telah dapat dinikmati pada malam tersebut ialah Nasi Minyak, Laksa, Lemang, Ketupat, Cucur Udang, Bihun Goreng, Mee Goreng, Mee Kari, Baulu, Kek, Buah-buahan, Dadih, Ais Krim, Bubur, Coklat, Kacang dan Muruku.

Pihak Syarikat environment IDAMAN juga turut menyumbang pertunjukan bunga api yang dikendalikan oleh En. Fissal b. Abu. Wow !! amat meriah sekali majlis pada tahun ini.

Hampir 400 orang penduduk datang bersama-sama meraikan majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Kemuncaknya pada akhir majlis, sebanyak 28 barangan keperluan harian telah disumbangkan oleh Jawatankuasa KRT Taman Utama sebagai cabutan bertuah.

Hasil maklum balas yang diperolehi, ramai dikalangan penduduk yang bersetuju supaya konsep 1 Malaysia - Jiranku, Keluargaku diteruskan lagi di tahun hadapan, kerana selain dapat merasai air tangan masakan penduduk, ianya juga dapat menjalinkan kemesraan dan kerjasama dikalangan penduduk Taman Utama.




Jiran Wanita sedang membuat persediaan membuat ketupat.


Barisan VIP yang hadir.


Sebahagian daripada penduduk yang hadir.


Pengerusi KRT Taman Utama sedang memberi ucapan aluan.


Penduduk bersama juadah yang dibawa.


Jiran Muda Wanita memberi posing maut.


En. Loh Eng Chong, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang hadir mewakili bossnya, sedang berucap.


Setiausaha KRT Taman Utama, En. Yahya b. Abd Raof yang bertindak sebagai pengacara majlis.


Sessi pendaftaran cabutan bertuah dikendalikan oleh En. Md. Nasser b. Mat Akhir.


Posing ala pertandingan ratu cantik oleh Jiran Wanita.


Haa.. dadih ni.. Ahmad Albab yang punya...




Pengerusi sedang melayani tetamu VIP.


Tunas Jiran sedang berebut ais krim....




Antara menu pilihan ramai pada malam itu ialah laksa....


Setiausaha sedang menyakat Jiran Usia Emas, Mak Lang yang bertungkus lumus membuat ketupat untuk malam tersebut.


Inilah Bendahari KRT Taman Utama, Puan Hajah Rokiah bt. Haji Ab. Hamid. Mengikut jadual awal beliau akan menerima cek pampasan insuran kemalangan sebagai AJK Rukun Tetangga pada malam tersebut, tetapi terpaksa ditunda kepada hari yang lain kerana masalah teknikal. Tak pa Kak Kiah noo.. janji dapat sudah ! Jangan lupa buat kenduri pula selepas ini !




Kerana kekurangan kerusi dan meja, ramai yang terpaksa menikmati makanan dalam rumah Setiausaha.




Setiausaha bersama bekas AJK yang kini berpindah, En. Ab. Hamid b. Shariff. Beliau turut menyumbang dadih pada malam tersebut. Beliau menjalankan perniagaan HAMEED NASI KANDAR di Jalan Putera, bertentangan dengan Sek. Men. Tunku Abdul Rahman.


Gelagat Jiran Muda.


Pertunjukan bunga api oleh Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd.




Yahooo.... dapat bunga api !!!!!!


Pemenang cabutan bertuah.
















Jawatankuasa dan penduduk berganding bahu memasang khemah.




Puan Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar.






Jawatankuasa berehat seketika ketika penduduk menjamu selera.




Puan Rohani bt. Shaari, AJK yang kini berehat seketika kerana terpaksa dipotong kakinya akibat kencing manis. Dalam berkerusi roda pun beliau sanggup hadir memberikan sokongan !!


Mantan Pengerusi KRT Taman Utama, Tuan Haji Zainol Abidin b. Aminudin, yang kini berpindah ke Taman Kelana, Jalan Langgar turut hadir memberikan sokongan.




Terima kasih kepada semua penduduk yang memberikan kerjasama penuh sehingga majlis pada tahun ini berjalan lancar dan berlangsung dengan penuh kemeriahan dan berwarna warni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin