KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Jun 13, 2012

** TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA **

Pada pertengahan bulan Jun 2012 ini terdapat beberapa pertukaran dikalangan kakitangan JPNIN Negeri Kedah. Bagi Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena, Pegawai Perpaduan Daerahnya, Pn. Noorassemah bt. Abdullah akan bertukar ke Daerah Kulim. Tempat beliau akan digantikan oleh En. Nasrun daripada JPNIN Pulau Pinang.

Bagi Daerah Kubang Pasu, Pegawai Perpaduan Daerahnya, En. Ismail b. Haji Zakaria akan berhijrah ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, apabila ditawarkan naik pangkat ke gred 41. Lokasi tempat beliau masih belum diketahui lagi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka berdua yang blogger amat mengenali mereka secara lebih dekat dan mesra sepanjang aktif dalam KRT. Semoga mereka berdua akan lebih success di tempat baru ini dan kepada pennganti mereka, Salam Perpaduan blogger ucapkan.

Blogger bersama ke dua PPD sewaktu menghadiri suatu majlis. En. Ismail Haji Zakaria memakai baju Melayu, manakala berbaju batik biru ialah mantan kakitangan JPNIN Kedah En. Zakaria yang kini berkhidmat di JASA Negeri Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin