KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Jun 18, 2012

** PRA PERASMIAN DEWAN **


Anak teruna memetik melati
Diberi kepada dara pujaan
Dewan dibina lama dinanti
Kini tiba saat perasmian

Menjelang tarikh perasmian Pusat Rukun Tetangga Taman Utama pada 29 Jun 2012 nanti, persiapan untuk majlis tersebut kian rancak dilakukan oleh Jawatankuasa KRT Taman Utama. Majlis pada awalnya dirancang pada bulan Mei sempena Bulan Perpaduan, namun kerana spekulasi Pilihan Raya Umum Ke 13 pada bulan tersebut, maka majlis terpaksa ditangguhkan.

Pada 16,17 dan 18 Jun 2012 sempena cuti mingguan dan cuti Israk Mikraj, beberapa orang AJK, Peronda SRS, Jiran Wanita dan Jiran Muda telah turun padang bergotong royong mengecat dan membuat baikpulih dewan tersebut.



En. Md. Nasser dan En. Jailani menjalankan tugas-tugas menghias bahagian dalam dewan.
En. Zahid mengetuai kerja-kerja mengecat bahagian luar. Beliau turut memberikan tunjuk ajar kepada Jiran Muda teknik mengecat yang betul


Selain menyediakan  makanan tengahari, Jiran Wanita turut membuat cendul untuk membasah tekak pekerja..





En. Md Nasser memberikan tunjuk ajar kepada Tunas Jiran teknik menyapu cat di pintu dewan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin