KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, September 08, 2012

** MERDEKA RAYA 2012 **

Majlis sambutan Merdeka Raya Tahun 2012 Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 8 September 2012 di Pendang Lake Resort, Pendang. Perasmian telah disempurnakan oleh Y. Bhg En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah.

Majlis bermula dengan pertandingan mewarna Tabika perpaduan Daerah Pendang, Konvoi Kembara Merdeka dan penyampaian  hadiah pertandingan Kibar Jalur Gemilang dan mencipta logo Tabika Perpaduan Peringkat Negeri Kedah.

Bagi pertandingan Kibar Jalur Gemilang di premis Rukun Tetangga, ianya dilakukan tanpa hebahan atau di uar-uarkan kepada KRT. Menurut Tuan Pengarah, tujuan tidak dihebahkan adalah untuk menilai persiapan dan sambutan serta semangat jati diri dikalangan Pengerusi dan AJK KRT dalam menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.

Alhamdulillah, KRT Taman Utama telah mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan ini yang menawarkan wang tunai berjumlah RM500.00 dalam bentuk geran untuk menjalankan aktiviti.

Tahniah kepada KRT Kemboja daripada Daerah Langkawi kerana meraih hadiah sebagai johan dalam pertandingan ini. Tentu hebat persiapan yang mereka lakukan.



Pengerusi KRT Taman Utama sedang menerima hadiah saguhati Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah Tahun 2012.
Ketibaan Tuan Pengarah diiringi oleh Pegawai Perpaduan Daerah Pendang selaku tuan rumah.
Buku program. Cantik dan terkini...
Persembahan menarik dan bertenaga daripada pelajar Tabika Perpaduan Daerah Pendang.
Setiap orang perlu mempunyai jati diri dan semangat cintakan Jalur Gemilang. Bendera negara perlu dihormati kerana ianya merupakan suatu maruah bangsa dan negara. Sewajarnya ianya dikibarkan sepanjang masa samada di rumah atau di premis Rukun Tetangga tanpa perlu menunggu tiba untuk sambutan perayaan kemerdekaan sahaja.
Pengarah menerima Jalur Gemilang daripada peserta konvoi Kembara Jalur Gemilang.
Sedang menyanyikan lagu Jalur Gemilang.
Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar bersama Pegawai JPNIN Negeri sedang menyanyi dan mengibarkan Jalur Gemilang.
Pengarah sedang menyampaikan cenderamata kepada ketua konvoi kembara Jalur Gemilang.
Blogger sedang menjamu selera bersama Pengerusi KRT daripada Daerah Kulim dan Kubang Pasu.
Antara menu yang disajikan - Nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, satay, ketupat, kueh dan buah-buahan.
Pengarah sedang menyampaikan duit raya kepada pelajar Tabika Perpaduan Daerah Pendang.
Blogger bersama YM Ku Aziz, PPPD PPD Daerah Kota Setar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin