KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Disember 11, 2012

** KEM RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) / KEM REMAJA 1 MALAYSIA 2012 **


Program yang pada asalnya KEM REMAJA 1 MALAYSIA oleh KRT Taman Utama telah dinaikan taraf menjadi Peringkat Daerah Kota Setar /Padang Terap dan ditukar sebagai KEM RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN 2012 (RIMUP).

Seramai 95 orang peserta daripada golongan Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Taman Utama menyertai kem selama 3 hari 3 malam ini yang diadakan di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.

Terima kasih kepada JPNIN Negeri Kedah yang memberikan peruntukan kewangan bagi membiayai kem ini. Terima kasih kepada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka menyertai kem. Terima kasih tidak terhingga kepada AJK, JIran Wanita dan Peronda SRS yang bertungkus lumus menjayakan kem ini yang berkhidmat secara sukarela memasak, menjaga peserta dan mengurus perjalanan kem.

Terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang sudi hadir memberikan ceramah, pameran dan menjalankan aktiviti kepada peserta sepanjang kem berlangsung.

Program dijalankan dalam bentuk ceramah, pameran, aktiviti dalam kumpulan dan aktiviti riadah. Hasil maklum balas daripada peserta, ibubapa dan agensi yang terlibat, ramai yang memuji usaha penganjuran kem ini yang dapat memberi pendedahan beberapa maklumat terkini kepada peserta, sekurang-kurangnya selama 3 hari 3 malam ini peserta telah terkawal sepenuhnya dalam kem tanpa terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah.

Blogger akan memuatkan berita dan gambar kem ini mengikut urutan hari yang bermula dari hari pertama iaitu pada hari Sabtu, 8 Disember 2012. Namun sehingga ke saat ini iaitu pada jam  11.00 malam, 11 Disember 2012 hanya gambar-gambar ini sahaja yang dapat dimuatkan kerana gangguan masalah untuk memuat turunkan gambar dengan pihak google, insyaAllah apabila beres, info dan gambar-gambar lain akan menyusul.... HARAP MAAF....

AKTIVITI 1 : AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN.
PENCERAMAH : MOHD SOLEHUDIN.
MASA : 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI.



















AKTIVITI KE 2 : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
PENCERAMAH : PN. ASHKIAH BT. SUBOH.
MASA : 3.00 - 6.00 PETANG.
















AKTIVITI 3 : CERAMAH MOTIVASI KEKELUARGAAN
PENCERAMAH : TUAN HAJI CHE MAN B. HAMID, JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH.
MASA : 9.00 -11.00 MALAM.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin