KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Mei 13, 2013

** SAMBUTAN HARI IBU **


Selamat Hari Ibu diucapkan kepada golongan ibu diseluruh negara yang diraikan sambutannya pada 12 Mei setiap tahun. Bagi peringkat KRT Taman Utama, sambutan Hari Ibu telah diadakan pada 10 Mei 2013. Pengisian program ialah dengan menganjurkan ceramah agama berkonsepkan keibuan yang telah disampaikan oleh Y. Bhg Ustazah Che Nazrah bt. Yusof, pendakwah bebas yang sering ke udara melalui slot agama di Radio Malaysia Kedah FM. Beliau juga merupakan Pengerusi KRT Seri Bendahara Alor Setar Kedah.

 
Ustazah Che Nazrah sedang menyampaikan ceramah beliau.

Turut hadir bagi meraikan sambutan Hari Ibu ini ialah Puan Suria bt. Baharom, Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Kedah. Memulakan majlis ialah deklamasi sajak berjudul "Oh Ibu" yang disampaikan secara medley oleh 4 orang Jiran Muda perempuan diikuti penyampaian hadiah pertandingan khat anjuran Biro Jiran Wanita. Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Puan Suria bt. Baharom.


Antara warga Taman Utama yang hadir.



Program sambutan Hari Ibu ini dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Jiran Wanita yang diketuai oleh Pn. Ustazah Rogayah bt. Ramli, Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama. Salah seorang ibu, Pn. Rosmeza bt. Ishak telah menaja makanan untuk penduduk yang hadir, manakala Pn. Rokiah bt. Ali telah sudi menyuntik dana kewangan sebagai sumbangan saguhati kepada penceramah.

Majlis telah berlangsung di perkarangan dewan KRT Taman Utama yang dihadiri hampir 200 orang. 90 peratus yang hadir ialah kaum ibu. Tamat majlis, hadirin telah disajikan dengan hidangan Mee Rebus Udang dan puding serta beraneka kueh yang dibawa oleh penduduk.

 

Antara kaum bapa yang turut hadir memeriahkan majlis.


Pengerusi KRT Taman Utama mempamerkan dua biji kek sumbangan salah seorang penduduk sempena majlis sambutan hari Ibu.

Pn. Suria bt. Baharom bersama Pengerusi Jiran Wanita Taman Utama

Ketika ibu-ibu mengikuti ceramah, geng Jiran Muda mengambil giliran tugas membasuh pinggan mangkok. Caya lah Hairi dan Shafik !!!!

Tuan Setiausaha KRT Taman Utama bertindak sebagai pengacara majlis.



Pengerusi Jiran Wanita Taman Utama, berdiri ditengah, menyaksikan Pn. Suria dan Ustazah Che Nazrah memotong kek sebaik sahaja tamat  ceramah.

Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis sambutan Hari Ibu Peringkat KRT Taman Utama ini. Terutama kepada penyumbang makanan, penyumbang dana kepada penceramah, persiapan tempat, penyediaan makanan dan sebagainya. Perpaduan dan semangat kejiranan yang dipamerkan selepas BERPERANG UNTUK PARTI MASING-MASING PADA PRU 13 telah diterjemahkan dengan jayanya apabila masing-masing membuang semangat kepartian demi KRT. Tahniah dan Syabas

 




.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin