KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, September 16, 2013

** XPDC JELAJAH BERBASIKAL SOLO JIRAN MUDA **


Pada 14 September 2013, KRT Taman Utama menerima kedatangan adik Mohd Hafidz b. Abd Hamid, Jiran Muda daripada KRT Bandar Sunggala, Negeri Sembilan. Beliau sedang melakukan kayuhan basikal secara solo untuk menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia.

Beliau yang berusia 21 tahun memulakan kayuhan mulai 2 September 2013 dari KRT Bandar Sunggala menuju ke Johor diikuti ke Negeri-negeri Pantai Timur dan tiba di Alor Setar, iaitu ke KRT Taman Utama pada jam 6.20 petang. Ketibaan beliau di KRT Taman Utama telah disambut oleh En. Abd Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Pengerusi dan Jawatankuasa KRT Taman Utama. Mengikut perancangan asal, beliau akan bermalam di Pusat Rukun Tetangga KRT Taman Utama bersama Jiran Muda KRT Taman Utama, namun beliau memilih untuk bermalam dirumah saudaranya yang kebetulan tinggal bersebelahan Taman Utama.

Suatu sessi ramah mesra kemudiannya telah diadakan pada malam tersebut. Majlis dimulakan dengan beliau bersama warga Taman Utama menonton perlawanan akhir Pertandingan Pesta Bola Merdeka di antara Harimau Muda Malaysia menentang Myanmar di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Sebaik tamat separuh masa pertama, majlis ramah mesra bersama beliau diadakan dengan mendengar latarbelakang beliau dan pengalamannya sepanjang melakukan kayuhan solo tersebut diikuti dengan sessi soaljawab bersama Jiran Muda dan penduduk Taman Utama. Majlis diteruskan dengan sessi bergambar dan sumbangan cenderahati kepada beliau iaitu baju T yang menjadi baju rasmi Jiran Muda KRT Taman Utama dan akhirnya menikmati makan malam. Selesai majlis beliau terus pergi bermalam dirumah saudaranya.

Pada 15 September 2013, adik Mohd Hafidz sekali lagi datang pada jam 10.30 tengahari untuk makan tengahari bersama kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap dan AJK KRT Taman Utama. Beliau kemudiannya bertolak menuju ke Pulau Pinang setelah majlis pelepasan yang dilakukan oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daewrah Kota Setar / Padang Terap.

Antara perkara menarik yang diperkatakan oleh adik Mohd Hafidz sewaktu sessi ramah mesra ialah pengalaman serta pemandangan yang menarik sewaktu beliau melalui Banjaran Titiwangsa serta insiden dikejar anjing, mengayuh dalam hujan lebat dan pengalaman mengayuh pada waktu malam. Beliau mengayuh dalam kelajuan 20 KM satu jam, tanpa diiringi oleh sesiapa.

Tahniah dan syabas kepada Mohd Hafidz, semoga berjaya mencapai hajat dan semoga selamat sampai dan kembali ke KRT Bandar Sunggala dan kepangkuan keluarga.


Selamat datang ke KRT Taman Utama .......

Bahagian belakang baju yang dipakai oleh Mohd Hafidz sewaktu menjelajah.





En. Abdul Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar bersama Mohd Hafidz.

Tunas Jiran KRT Taman Utama.

Mohd Hafidz bersama Jiran Muda KRT Taman Utama sedang menyaksikan siaran langsung final Pesta Bola Merdeka 2013.

Antara Jiran Muda yang hadir.

Sessi ramah mesra bersama Jiran Muda KRT Taman Utama.



YM Ku Aziz  menyambut ketibaan Mohd Hafidz.

Menikmati nasi ala kampong.



Sumbangan wang tunai kepada Mohd Hafidz daripada JPNIN Kedah.

YM Ku Aziz, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar mencuba menunggang basikal Mohd Hafidz.



Tuan Haji Mat Radzuan, Pengerusi Jiran Usia Emas mengetuai bacaan doa untuk keselamatan perjalanan Mohd Hafidz.

Dari kiri, YM Ku Aziz, Pn. Noorassemah, Pengerusi KRT Taman Utama, Mohd Hafidz, dan Pn. Hafiza.

Jiran Muda perempuan KRT Taman Utama bersama Mohd Hafidz

Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar melakukan pelepasan Mohd Hafidz ke Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin