KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, September 21, 2013

** AKTIVITI SRS & TUNAS JIRAN **


Pada 21 September 2013, hari Sabtu, blogger telah membawa seramai 6 orang Tunas Jiran bagi menyertai aktiviti Kelab Bayan Budiman Sinar Pintar di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Aktiviti pada hari tersebut ialah senamrobik, mewarna objek dan permainan kotak ajaib.

Selesai program, blogger membawa mereka ke Seberang Perak, yang terletak 1 kilometer dari Perpustakaan. Di sana blogger membawa mereka mengunjungi rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia. 

Berpeluh juga blogger melayani pertanyaan daripada Tunas Jiran ini yang teruja dengan apa yang mereka lihat di dalam rumah ini. Ada yang bertanyakan latar belakang Tun, ada yang bertanyakan nama dan kegunaan peralatan lama yang terdapat dalam rumah seperti mangkok tingkat, tempayan, tepak sirih, dapur kayu dan sebagainya.

Dihadapan rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir, terdapat sebuah dewan dimana berlangsungnya majlis taklimat radio SRS kepada KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena yang mempunyai SRS. Taklimat adalah anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap.

Majlis dirasmikan oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar. Antara pengisian majlis ialah taklimat dan amali penggunaan radio SRS ( walkie talkie ) serta penyerahan peralatan tersebut kepada KRT yang terlibat.

KRT Taman Utama telah menghantar En. Zahid b. Abdullah, En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Abdul Rashid b. Abdul Rahman menghadiri majlis tersebut.

Tunas Jiran sedang menyertai aktiviti mewarna objek.





Dari kiri - En. Zahid, En. Mohd Fadzil dan En. Abdul Rashid sedang tekun mendengar taklimat yang disampaikan.

Antara Peronda SRS yang hadir.



Pn. Janny, kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar menjadi urusetia pendaftaran peserta.

Peserta mengambil makan tengahari, foto diambil dari dalam rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir.

Tunas Jiran bergambar bersama basikal yang pernah digunakan oleh Tun Dr. Mahathir



Monumen rumah kelahiran Mahathir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin