KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Oktober 27, 2013

** SAMBUTAN MINGGU ALAM SEKITAR **


Disamping menganjurkan aktiviti dan program di Taman Utama, Jawatankuasa KRT Taman Utama turut menyertai berbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Terkini, KRT Taman Utama telah menyertai Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Negeri Kedah pada 26 Oktober 2013, di Taman Tema Tasik Darulaman, Jitra yang terletak kira-kira 25 kilometer daripada Taman Utama. Tema sambutan tahun ini ialah Perkongsian Pintar Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar.

Program telah dirasmikan oleh YB Dato' Wira Mohd Johari Baharum, Ahli Parlimen Kubang Pasu. Program bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena program ini seperti pameran agensi, senamrobik, pengujian asap kenderaan, pertandingan mewarna, enviro-walk, pertandingan memancing dan cabutan bertuah kepada peserta.

Seramai 49 orang warga Taman Utama yang terdiri dari 10 orang Jiran Lelaki, 11 orang Jiran Wanita, 15 orang Tunas Jiran dan 13 orang Jiran Muda telah pergi menyertai program ini dengan menaiki kenderaan masing-masing tanpa menggunakan wang KRT.

Setiap peserta yang menyertai program ini dibekalkan sehelai baju, beg, pen, sarapan pagi, minuman dan buku nota oleh pihak penganjur iaitu Jabatan Alam Sekitar Kedah, manakala bagi acara memancing dan mewarna diberikan baju yang berlainan pula.

Bagi cara memancing yang dikenakan bayaran RM100.00 bagi setiap joran, KRT Taman Utama telah mendapat penajaan daripada Syarikat SHARP. Berbagai hadiah kemenangan dari beberapa acara yang disertai telah dibolot oleh KRT Taman Utama. Tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya.


Tiba di lokasi program.


Yang sudah tiba menunggu kedatangan rakan yang lain. Tunas Jiran memakai baju berwarna kuning manakala yang dewasa memakai baju orange.


Berbaris untuk pendaftaran peserta.

Tunas Jiran KRT Taman Utama merupakan peserta terawal tiba untuk pertandingan mewarna.




Tunas Jiran tidak sabar untuk memulakan pertandingan mewarna. Selain mendapat baju berwarna merah, mereka turut diberikan peralatan mewarna, goodies dan set alatulis.


Acara senamrobik.


Haa .... yang kat atas dan bawah adalah team KRT Taman Utama.


En. Zahid, Ketua Peronda SRS sedang asyik dengan kailnya...

En. Zahid menemani Jiran Muda bagi acara memancing.


Aksi Jiran Muda KRT Taman Utama melontar kail ...

Lakaran asas untuk pertandingan mewarna kategori bawah 9 tahun.

Team KRT Taman Utama sedang membahagikan kumpulan kepada beberapa pasukan.


Membasah tekak sebelum memulakan aktiviti enviro-walk...

Jiran Wanita membasah tekak dengan jelly kelapa.

Acara pelepasan konvoi Jejak Mesra JAS.

Antara barangan cabutan bertuah yang ditawarkan oleh penganjur. Basikal berwarna hijau telah dimenangi oleh Tunas Jiran KRT Taman Utama.
AJK KRT Taman Utama mengatur strategi bagi acara enviro - walk.
Hmmm.. nak taruh warna apa pula ni ...
Jiran Muda mendapat ikan yang pertama !

He .. he .. he ..nak pancing ikan, sang kura pula yang dapat !!

Adik Sarah Sorfina menerima hadiah kemenangan daripada pihak penganjur.
Tunas Jiran bergambar bersama hadiah kemenangan disamping Jiran Wanita.

En. Nasir memperolehi ikan ubi lagi .....
Pengerusi KRT Taman Utama bergambar kenangan dengan YB Dato Wira Johari Baharum, Ahli Parlimen Kubang Pasu, mantan Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.
Pn. Aliah memperolehi dapur letrik dari cabutan bertuah.
Sebahagian peserta dari KRT Taman Utama bersama hadiah yang dimenangi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin