KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Januari 08, 2014

*** IMBASAN 2013 ***


Tahun 2013 telah berlalu meninggalkan seribu peristiwa dan kenangan. Suka dan duka. Bak kata pepatah yang baik jadikan teladan, yang pahit jadikan sempadan. HAMKA ada mengatakan yang paling jauh daripada kita adalah masa silam manakala yang paling dekat adalah kematian.

Sepanjang tahun 2013, hampir 40 aktiviti telah berjaya dilaksanakan oleh Jawatankuasa KRT Taman Utama. Aktiviti-aktiviti tersebut mencakupi pelbagai peringkat umur dan bidang perkara.

Terima kasih kepada barisan AJK KRT Taman Utama, Jiran Wanita, Peronda SRS, Jiran Usia Emas, Tunas Jiran dan Jiran Muda yang bertungkus lumus berpadu tenaga berganding bahu dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Terima kasih juga kepada penduduk yang turut sama menjayakan segala aktiviti yang dijalankan.

Terima kasih tidak terhingga kepada JPNIN Negeri Kedah dan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan panduan.

Terima kasih daun keladi kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta dan NGO tempatan yang turut memberi kerjasama. Antaranya Polis DiRaja Malaysia Daerah Kota Setar, Pejabat Mufti Negeri Kedah, Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah, Jabatan Pelajaran Kedah, Jabatan Penjara Alor Setar, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Jabatan Perhilitan Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Restoran Tat Nasi Ayam, NGO WargaKilang, Environment Idaman, KEMAS, dan lain-lain.

Tak dilupakan juga kepada pihak media massa, terutama akhbar Sinar Harian yang sering memaparkan aktiviti KRT Taman Utama didada akhbar mereka. Semoga kerjasama dan kejayaan tahun 2013 menjadi pemangkin pada tahun 2014.


Perarakan Maulidur Rasul pada 24.1.2013.

Perhimpunan Perdana Rukun Tetangga pada 18.1.2013 di Putrajaya.

My Beautiful Malaysia - Volunteerism Day pada 3.2.2013 di Gunung Keriang.

Gerai teh tarik pada

Kelas jahitan Jiran Wanita pada 1.2.2013.

Himpunan 1 Malaysia Aman pada 19.2.2013 di Bedong, Kedah.

Ceramah Maulidur Rasul pada 21.2.2013.

Lawatan audit JPNIN Putrajaya pada 25.2.2013.

Pemantapan aktiviti Tunas Jiran & Jiran Muda pada 19.3.2013

Kelas masakan pada 5.3.2013.

Aktiviti SRS.

Sambutan Hari Ibu pada 10.5.2013

Gerai teh tarik pada 25.5.2013.

Lawatan Integrasi Nasional Pesta Kaamatan Sabah pada 26.5.2013 hingga 1.6.2013.

Lawatan KRT Kg. Masjid Daerah Dang Wangi pada 8.6.2013.

Program Pemimpin Masyarakat, Promosi Pencegahan Kemalangan dan Saringan Kesihatan di Dewan TNB Alor Setar pada 27.6.2013.

Bacaan Yasin Nisfu Syaaban pada 23.6.2013..

Gotong royong kenduri perkahwinan AJK KRT pada 29.6.2013.

Karnival sukan pada 6.7.2013.

Kembara Ramadhan ke Daerah Baling pada 20.7.2013.

Iftar Ramadhan pada 4.8.2013.

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada 23.8.2013.

YAB Menteri Besar bersama Tunas Jiran yang memberi sokongan kepada Peronda SRS KRT Taman Utama menyertai perarakan kemerdekaan pada 31 Ogos 2013.

Gerai teh tarik pada 2.9.2013.

Lawatan singgah kayuhan solo basikal Jiran Muda KRT Bandar Sunggala Negeri Sembilan.

Taklimat radio SRS pada 21.9.2013 di Rumah Kelahiran Mahathir.

Jom Ronda SRS Versi 2.0 pada 5.10.2013.

Bacaan Yasin peperiksaan pada 28.9.2013.

Program Qurban Aidil Adha pada 16.10.2013.

Sambutan Minggu Alam Sekitar di Taman Tema Tasik Jitra pada 26.10.2013.

Lawatan ke Pusat Sains Wilayah Utara pada 2.11.2013.

Ceramah sambutan Maal Hijrah pada 14.11.2013.

Kawatan dari KRT Chandan Desa, Simpang Pulai Perak pada 16.11.2013.

Kelas jahitan pada 19.11.2013.

Program Asyura pada 30.11.2013.

Jamuan bersama Tuan Pengarah JPNIN pada 8.12.2013.

Taklimat keselamatan oleh Supt  Pn. Rohana Omar, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar pada 12.12.2013.

Program Hari Keluarga dan Kem Biodiversiti di Gunung Jerai pada 20.12.2013.

Liga futsal Jiran Muda pada 25.12.2013.

Jamuan Mesra Peronda SRS pada 28.12.2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin