KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Januari 14, 2014

** MAULIDUR RASUL 1435H **


Dan tidaklah kami (ALLAH) mengutuskan engkau (Wahai MUHAMMAD) melainkan untuk menjadi rahmat untuk sekelian alam. Surah Anbiya, ayat 107. 

Membuka tirai tahun 2014, KRT Taman Utama memulakan aktivitinya dengan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Program yang dijalankan secara kerjasama antara KRT Taman Utama, Restoran Tat Nasi Ayam dan Jawatankuasa Qaryah Masjid Seberang Pumpong ini diadakan pada 14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiul Awal 1435H.

Restoran Tat Nasi Ayam membiayai perbelanjaan kos makan minum mulai dari pagi hingga ke malam, KRT Taman Utama mengendalikan perarakan berselawat, penyediaan khemah dan teh tarik manakala pihak masjid menyediakan tempat untuk majlis persembahan nasyid dan ceramah agama.

Program bermula dari 13.1.2014 iaitu selepas solat Asar apabila kerja pemasangan khemah, memproses daging lembu dan menyedia peralatan memasak di perkarangan masjid yang melibatkan warga KRT Taman Utama dan anak qaryah masjid.

Segmen perarakan bermula pada 14.1.2014 mulai jam 8.45 pagi. Terdahulu, peserta perarakan berkumpul dan menikmati sarapan pagi di Restoran Tat Nasi Ayam. Hampir 500 orang peserta terlibat dalam perarakan ini yang bermula dari Restoran Tat Nasi Ayam, melalui Jalan Sultanah Sambungan, Jalan Gangsa, memasuki Taman Utama dan berakhir di Masjid Seberang Pumpong.

Peserta perarakan dikawal sepenuhnya oleh Peronda SRS KRT Taman Utama. Peserta yang berumur bawah 20 tahun diberikan saguhati wang tunai oleh Tuan Haji Mokhtar b. Abd Ghani, pemilik Resoran Tat Nasi Ayam.

Turut hadir menyertai perarakan ini ialah Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

Tiba perkarangan masjid, peserta dihiburkan dengan persembahan nasyid dari Sek Rendah Islam Darul Ulum, marhaban dan tazkirah khas oleh Imam Masjid Seberang Pumpong dan diakhiri dengan jamuan tengahari.

Pada sebelah malamnya merupakan kemuncak program iaitu ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Yazid b. Salleh, anak Tuan Guru Haji Salleh b. Musa dari sebuah pondok pengajian di Daerah Sik.


Pengerusi KRT Taman Utama bersama Tunas Jiran berkumpul di Pusat Rukun Tetangga sebelum menuju ke tempat permulaan perarakan.

Jiran Wanita bersarapan pagi bermenukan bihun goreng dan nasi lemak.

Peronda SRS menikmati teh tarik.

Haa.. inilah Haji Mokhtar, beraksi menunjukkan sesuatu yang membiayai sebahagian besar program.



Pengerusi Jiran Wanita bergambar bersama baner Jiran Wanita.




Bunga telor turut dibawa bersama perarakan. Bunga telor ini diagihkan kepada peserta sebaik tamat perarakan.

Tunas Jiran memanaskan suasana dengan laungan selawat sebelum memulakan perarakan.



Pengerusi bersama Jiran Muda.





Pengerusi bersama Pegawai Perpaduan Daerah.



Skuad Peronda SRS sibuk mengawal lalu lintas sepanjang perarakan.







Tuan Haji Mokhtar mengepalai peserta sedang memasuki Taman Utama.











Yang kecil turut ditanggung bersama .....



Usia tidak menghalang warga emas ini untuk turut serta dalam perarakan.

Isteri Pengerusi KRT Taman Utama mengiringi Pn. Noorassemah sepanjang perarakan.



Hmmm... Ketua Peronda SRS selesa menunggang motorsikal sepanjang perarakan.

Tunas Jiran dan Jiran Muda sedang menerima sumbangan wang tunai.

Persembahan nasyid.



Tuan Imam dan Timbalan Pengerusi Masjid Seberang Pumpong.

Setiausaha KRT Taman Utama bertindak selaku pengacara majlis bersama kumpulan nasyid.









Pengerusi KRT Taman Utama dan Pengerusi Jiran Wanita mengabadikan gambar bersama Pn. Noorassemah bt. Abdullah.

Pn. Noorassemah dihantar ke kenderaannya oleh Pn. Indun.

Makan tengahari.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin