KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Mac 15, 2014

*** DIALOG PERPADUAN ***


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah telah berjaya mengadakan "Dialog Perpaduan" bertemakan "Suara Akar Umbi" pada 15.3.2014, bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah.

Dialog Perpaduan adalah salah satu usaha Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) ke arah menyediakan Pelan Tindakan Perpaduan. Objektif dialog ialah, pertama, untuk mendapat maklumat, cadangan dan pendapat masyarakat tentang isu-isu yang boleh menjejaskan hubungan kaum dan perpaduan negara. Ia juga akan dijadikan asas untuk menggubal dan menyediakan "national unity blue print" seperti yang diputuskan oleh kabinet.

Objektif kedua ialah memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk berkongsi perspektif dan berkongsi pengalaman mereka mengenai keharmonian antara kaum dan masyarakat Malaysia, manakala objektif ke tiga ialah untuk berkongsi isu-isu dan kebimbangan serta mncadangkan penyelesaian dan cadangan untuk mengukuhkan keharmonian kaum.

Moderator majlis ialah YB Senator Dato' Boon Som A/L Inong, manakala ahli panel ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, YBhg Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun, YBhg Dato' Haji Zainal Abdul Kadir dan YBhg Datuk John Sikayun.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Pelbagai pertubuhan kerajaan, swasta dan NGO telah menghadiri majlis ini yang merangkumi berbagai kaum, agama dan peringkat umur.

KRT Taman Utama turut diberikan peluang menyertai dialog ini yang diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha. Mereka berdua turut mengambil bahagian dalam sessi dialog dengan melontarkan cadangan serta pandangan masing-masing.

Moderator dan ahli panel.

Setiausaha KRT Taman Utama menyuarakan supaya fatwa berkaitan anti hadis dikuatkuasakan agar perpecahan dikalangan umat Islam berkaitan isu anti hadis yang kembali aktif ketika ini dapat dihapuskan.

Blogger berbaju biru sedang mendengar cadangan yang dilontarkan oleh penonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin