KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, April 07, 2014

** ANUGERAH KRT CEMERLANG **


Pada 5 April 2014, JPNIN Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Awal Tahun bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

Majlis diadakan di Hotel Grand Alora, Mergong Alor Setar. Turut hadir ialah YB Dato' Dr. Leong Yong Kong, EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YBhg Dato' Azman Amin Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia dan En. Mohd Saidi Midin, Pengarah JPNIN Kedah.

KRT Taman Utama turut menerima jemputan menghadiri majlis tersebut yang diwakili oleh Pengerusi, En. Yahya Abd Raof, Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Jusoh Mat Daud, Bendahari, En. Ahmad Kamarol Osma Haji Othman, Ketua Peronda SRS, En. Zahid Abdullah dan AJK, En. Abdul Rashid Abd Rahman.

Turut diadakan sempena majlis tersebut ialah penganugerahan kepada KRT bagi seluruh Negeri Kedah. Alhamdulillah KRT Taman Utama telah dipilih untuk turut menerima  anugerah "KRT Cemerlang bagi Anugerah Penggunaan Sistem Maklumat Rukun Tetangga (e-RT) Tahun 2013".

Bagi anugerah ini KRT Taman Utama menerima anugerah sijil penghargaan dan geran wang tunai untuk menjana aktiviti. Anugerah ini dikurniakan kepada KRT yang aktif mengemaskinikan sistem maklumat Rukun Tetangga secara online yang disediakan oleh Ibu Pejabat JPNIN Malaysia, Putrajaya. 

Antara yang perlu dikemaskinikan dalam sistem tersebut ialah kemasukan aktiviti KRT, mesyuarat KRT, kewangan KRT dan aktiviti Skim Rondaan Sukarela.

Pada keesokan harinya iaitu pada 6 April 2014, KRT Taman Utama telah dipilih sebagai tuan rumah untuk majlis jamuan tengahari bersama YB Tan Sri Datuk Seri Joseph Kurup. Majlis ini akan dimuatkan dalam tempoh masa yang terdekat.


 

Pengerusi sedang menerima anugerah.

Wakil KRT Taman Utama di perkarangan hotel.



Kumpulan koir JPNIN Kedah.

Bendahari KRT Taman Utama, berbaju hijau.



Ketibaan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.









Gimik perasmian.

Gambar kenangan bersama Menteri dan EXCO.

Ketua Pengarah JPNIN Malaysia dan Pengarah JPNIN Kedah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin