KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, April 13, 2014

** RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI **


Selesai majlis Perjumpaan Awal Tahun warga Rukun Tetangga Negeri Kedah bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup pada 5 April 2014, di Hotel Grand Alora, Alor Setar, keesokan harinya Tan Sri Datuk Seri Panglima bersama delegasinya bertolak pulang ke kuala Lumpur.

Namun sehari sebelumnya, Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah telah menghubungi Pengerusi KRT Taman Utama meminta KRT Taman Utama menjadi tuan rumah majlis ramah mesra dan makan tengahari bersama Tan Sri Datuk Seri Panglima sebelum beliau berangkat pulang.

Majlis telah dilangsungkan di Restoran Selera Pokok Pisang yang terletak berhampiran KRT Taman Utama. Majlis secara santai ini telah disertai oleh beberapa kakitangan JPNIN Negeri, Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar dan AJK KRT Taman Utama sendiri.

Menu yang disajikan kepada mereka ialah masakan nasi ala kampong dan buah durian sebagai pencuci mulut.


Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Setiausaha Politiknya, Pengarah JPNIN Kedah dan Pengerusi KRT Taman Utama sedang menikmati sajian yang ditempah khas.

Kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar.

Blogger rancak berbual dengan Setpol yang merupakan orang Perlis.

Pn. Noor Hashimah melayani tetamu menikmati durian.



Puan Suria Baharom, Timbalan Pengarah JPNIN Kedah duduk semeja bersama Setiausaha Sulit dan Setiausaha Akhbar Tan Sri Datuk Seri.



Jiran Wanita KRT Taman Utama.

Tian Haji Mat Radzuan, Pengerusi Jiran Usia Emas membacakan doa selamat sebelum majlis bermula

Kakitangan JPNIN Negeri Kedah.

Anggota PKS - RT KRT Taman Utama bergambar bersama Menteri.



Tan Sri Datuk Seri Panglima bersama Pengarah JPNIN Kedah

Pengerusi KRT Taman Utama bersama teraju utama JPNIN.



Jiran Wanita bersama Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar.





Ketua Peronda SRS mengopek durian.



Antara menu yang disajikan.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin