KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Mei 12, 2014

** SAMBUTAN HARI IBU 2014 **


Syurga itu di telapak kaki ibu ....

10 Mei 2014 merupakan hari sambutan untuk kaum ibu bagi peringkat kebangsaan. Bagi KRT Taman Utama majlis sambutannya diadakan pada hari Jumaat, 9 Mei 2014.

Majlis diraikan dengan mengadakan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustazah Hajah Rohana bt. Ahmad, Pensyarah dari POLIMAS. Majlis telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jiran Wanita, Ustazah Rogayah bt. Ramli. 

Program bermula pada jam 9.30 malam dengan bacaan doa selamat untuk kaum ibu yang disampaikan oleh En. Mohd Sharipudin b. Abu Kasim, Setiausaha KRT Taman Utama diikuti dengan persembahan puisi khas untuk ibu yang disampaikan oleh Jiran Muda perempuan yang diketuai oleh Nur Syaza bt. Che Daud.

Majlis agak terganggu seketika apabila hujan lebat dan angin kuat yang disertai petir mulai turun setelah setengah jam majlis berlangsung, namun hujan rahmat ini jelas tidak mengganggu semangat penceramah dan ibu-ibu yang hadir mengikutinya.

Hampir 150 orang telah menghadiri majlis ini yang diakhiri dengan sajian lontong dan teh tarik kepada hadirin. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini terutama kaum ibu Taman Utama.

Mari mari kita sejenak mendengar
kasih ibubapa kepada semua
walau pun dirinya letih serta penat
namun diwajahnya tetap bergembira...


Ustazah Rogayah mempengerusikan majlis.

Selaku Pengerusi KRT Taman Utama, saya mengucapkan selamat meraikan Hari Ibu buat semua warga Jiran Wanita, semoga Allah memberkati jasa dan pengorbanan ibu.

Persembahan Puisi Buat Ibu.

Ustazah Hajah Rohana sedang menyampaikan ceramah.









Bersama memotong kek Hari Ibu.

Menikmati sajian Lontong buatan Jiran Wanita.

Hmmm .. betul-betul holiau...


Kaum bapa mengikuti ceramah dari luar dewan.













Bersatu menahan kanopi daripada diterbangkan angin.



Suasana ketika hujan lebat diperkaranagan dewan.











Aksi kaum bapa yang tegar dengan karom sebaik sahaja tamat ceramah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin