KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Mei 12, 2014

** TETAMU KHAS DARI PDRM **


Pada 11.5.2014, KRT Taman Utama telah dikunjungi oleh Tuan DSP Mohd Radi b. Abd Rahman, Pegawai Turus Trafik Negeri Kedah dan ASP Mohamad Halim Yatim, Pegawai Turus Gerakan IPK Negeri Kedah.

Turut hadir menyambut mereka ialah Penolong Pegawai Perpaduan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar, YM Ku Aziz Ku Mat Esa, En. Abdul Halim Alwi dan Pn. Hafiza Mohamed.

Tujuan kedatangan mereka ialah untuk perbincangan khas setelah mereka memilih KRT Taman Utama sebagai salah satu lokasi program bersama Ketua Polis Negeri Kedah yang dijangkakan akan diadakan pada bulan Jun ini.

Hadir bersama ialah beberapa orang AJK KRT Taman Utama dan Peronda SRS Taman Utama. Ketibaan mereka pada jam 11.30 pagi berakhir satu jam kemudan setelah ke dua pihak berjaya mencapai kata sepakat berkaitan program berkaitan.

Mereka kemudiannya disajikan dengan laksa yang secara kebetulan dimasak oleh isteri Pengerusi KRT Taman Utama hari tersebut serta hidangan pencuci mulut mempelam harumanis yang dihantar secara kebetulan juga oleh Dato' Yazid b. Mat, mantan Speaker DUN Perlis pada pagi itu kepada Pengerusi KRT Taman Utama. Memang sudah rezeki mereka....
 .

Bergambar beramai-ramai diperkarangan dewan.

Sessi perbincangan.





Trio dari Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin