KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Ogos 23, 2014

** JOM RONDA SRS BERSAMA PDRM VERSI 3.0 **

Pada 16 Ogos 2014, hari Sabtu, Pejabat Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah menganjurkan program Jom Ronda Bersama PDRM Versi 3.0.

Jika tahun 2013, program ini diadakan di KRT Taman Utama, untuk tahun 2014 program ini telah dilangsungkan di KRT Taman Sri Marina, Kuala Kedah.

Majlis bermula pada jam 9.30 malam dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengarah JPNIN Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin. Turut hadir ialah anggota PDRM Daerah Kota Setar, kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah serta Peronda SRS seluruh Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

KRT Taman Utama diwakili oleh 5 orang Peronda SRS iaitu En. Zahid Abdullah, En. Mohd Fadzil Ibrahim, En. Abdul Rashid Abd Rahman, En. Abd Halim Ahmad dan En. Mohd Pauzi Yong.

Tahniah kepada SRS Taman Sri Marina kerana terpilih sebagai SRS terbaik Negeri Kedah bagi tahun 2013.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin