KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Ogos 02, 2014

** OP SELAMAT 5/2014 **


Pada hari Isnin, 21 Julai 2014, Peronda SRS KRT Taman Utama telah diundang untuk menyertai Majlis Pelancaran Op Selamat 5/2014 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2014.

Program adalah anjuran PDRM Negeri Kedah. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negeri Kedah iaitu YDH Senior DCP Dato' Ahmad Ibrahim. Majlis yang diadakan di Plaza Tol Alor Setar Selatan ini bermula pada jam 9.00 pagi. KRT Taman Utama telah diwakili oleh En. Zahid Abdullah, En. Abdul Rashid Abd Rahman dan En. Mohd Pauzi b. Yong.

Pengisian program adalah pengedaran risalah keselamatan jalanraya dan sumbangan hamper berupa kueh dan buah kurma kepada pengguna yang melalui Lebuhraya Utara Selatan.




Pelancaran Op Selamat





Pengedaran risalah dan hamper kepada pengguna PLUS.

Sedang mendengar ucapan perasmian.



Dato' Ahmad Ibrahim, Ketua Polis Kedah.

Sebahagian anggota SRS yang hadir

Peronda SRS bergambar kenangan bersama pasukan PDRM IPK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin