KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, September 28, 2014

** SEMINAR KESELAMATAN KEJIRANAN TAHUN 2014 PERINGKAT NEGERI KEDAH **


JPNIN Negeri Kedah dengan kerjasama PDRM Negeri Kedah telah berjaya mengadakan Seminar Keselamatan Kejiranan Tahun 2014 Peringkat Negeri Kedah pada 27 September 2014. Majlis telah dilangsungkan di Dewan Tunku Anum, Pejabat Daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah.

Objektif utama seminar ialah : 

1. Meningkatkan kefahaman anggota SRS tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengawal dan mengekalkan tahap keselamatan di dalam Kawasan Rukun Tetangga.
2. Memupuk rasa kesedaran dikalangan peserta akan tanggungjawab mereka dalam memelihara dan memperkukuhkan keselamatan negara.
3. Menjadikan anggota SRS sebagai Sahabat Kejiranan di dalam Kawasan Rukun Tetangga dan juga komuniti.

Seramai 600 orang peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Utama KRT dan Peronda SRS seluruh Negeri Kedah telah menyertai seminar ini yang dirasmikan penutupannya oleh YB Dato' Leong Yong Kong, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina Negeri Kedah.

Seminar bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Sebanyak 3 pembentangan ceramah dan satu slot perkongsian pengalaman antara SRS yang cemerlang di Negeri Kedah telah berjaya disampaikan diseminar ini.

Tuan ACP Shamsudin b. Mat, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Staraegi) IPK Negeri Kedah telah menyampaikan ceramah bertajuk "Perspektif Pencegahan Jenayah Dalam Komuniti" bagi memulakan seminar.

Tuan ASP Muhammad Halim b. Yatim, Pegawai Turus Gerakan IPK Negeri Kedah telah menyampaikan ceramah "Pusat Kawalan PDRM : Jaringan Kerjasama Rukun Tetangga Dengan PDRM".

Tuan Haji Abd. Hadi b. Mohd Salleh, Pengarah Bahagian Perhubungan Masyarakat Dan Kejiranan JPNIN PutraJaya telah memberikan ceramah "NKRA Keselamatan - Peranan Dan Tanggungjawab Anggota SRS".

En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai JPNIN Negeri Kedah telah mempengerusikan slot "Pengalaman Bersama Pengerusi Cemerlang dan Ketua Peronda SRS Cemerlang Peringkat Negeri Kedah" yang disertai oleh En. Othman b. Abdullah, Ketua Peronda SRS Taman Seri Marina, Kuala Kedah dan En. Mohd Nor b. Mahmud, Pengerusi KRT Taman Keladi Fasa 2, Kuala Muda.

KRT Taman Utama diwakili oleh Pengerusi KRT, En. Yahya Abd Raof. Ketua Peronda SRS, En. Zahid Abdullah, Setiausaha KRT, En. Mohd Sharipudin Abu Kasim dan 2 orang Peronda SRS, En. Abd. Halim Ahmad dan En. Mohd Pauzi b. Yong.

Blogger amat terharu dan berbangga sewaktu sessi ceramah oleh Tuan Haji Abd Hadi b. Salleh daripada Ibu Pejabat JPNIN PutraJaya apabila melihat beliau banyak menggunakan gambar aktiviti SRS KRT Taman Utama dalam slide show beliau. Gambar-gambar tersebut banyak dipetik dari blog KRT Taman Utama. Sekurang-kurangnya ini membuktikan bahawa aktiviti SRS Taman Utama telah diakui manakala blog KRT Taman Utama selalu dilayari dan dipantau oleh JPNIN PutraJaya.


Tuan ACP Shamsudin b. Mat.

Peronda SRS Taman Seri Marina, Kuala Kedah.

Peserta KRT Taman Utama.

Peronda SRS Kedondong, Pokok Sena.

Slot perkongsian pengalaman.

Peserta seminar.

Blogger bersama Pegawai JPNIN Kuala Muda dan Ins. Shukri, Ketua URB IPD Daerah Kota Setar yang tidak jadi bertukar ke Langkawi.

Tuan ASP Muhammad Halim b. Yatim.

Slide show yang memaparkan aktiviti SRS Taman Utama.

Tuan Haji Abd. Hadi b. Salleh.





Tetamu VIP.

Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin.

Tuan SAC Mohd Shariff Abd Wahid, wakil Ketua Polis Negeri Kedah.

YB Dato' Leong Yong Kong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin