KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, November 07, 2014

** ASYURA 1436H / 2014 **


Khamis, 6 November 2014, KRT Taman Utama dengan kerjasama Unit AMANITA PDRM dari IPD Daerah Kota Setar dan Pakatan Taman Utama telah berjaya mengadakan program masak bubur Asyura di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Program gotong memasak bubur asyura ini bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Ketua memasak dari Taman Utama diketuai oleh Pn. Khalijah bt. Awang salah seorang Jiran Usia Emas manakala dari Unit AMANITA diketuai oleh Sarjan Zaayah. Ramai yang memuji keenakan bubur asyura kali ini kerana ramai yang menghubungi KRT Taman Utama untuk mendapat resepi yang digunakan.

Hadir bersama dalam program ini ialah Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin, Ketua Unit AMANITA IPD Daerah Kota Setar Insp Bibi Jan bt. Ali Haidar, En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai Kanan JPNIN Kedah, ASP Bibi Sheira dan Insp Shukri Samah dari Bhg Pehubungan Awam PDRM IPD Kota Setar.

Bubur asyura yang dimasak dalam dua buah periuk bersaiz besar telah berjaya menghasilkan hampir 300 buah bekas tupperware yang kemudiannya dibahagikan antara ke dua pihak iaitu warga Taman Utama dan pihak PDRM IPD Kota Setar. 

Terima kasih kepada pihak PDRM dan Pakatan Taman Utama dengan kerjasama gotong royong membuat asyura ini. Semoga kerjasama ini akan berkekalan demi jalinan NKRA antara PDRM dan KRT Taman Utama.

Pada waktu malamnya diadakan pula sessi ceramah agama mengenai Hijratul Rasul sempena Maal Hijrah 1436H. ( berita ceramah akan menyusul ).

Mesyuarat persiapan asyura.

Gotong royong memasang khemah.

Pengerusi KRT Taman Utama memulakan proses memasak Asyura.



Sarapan pagi bersama Tuan Pengarah JPNIN dan Insp Shukri.

Memasak asyura bersama Tuan Pengarah dan Insp Shukri.
























1 ulasan:

  1. Semoga jalinan kerjasama ini akan berkekalan...

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin