KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Januari 26, 2016

** KUNJUNGAN HORMAT **


Pada 26 Januari 2016, beberapa orang AJK daripada Jawatankuasa Permuafakatan KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat EXCO Perpaduan Negeri Kedah, YB Dato' Dr. Leong Yong Kong. Turut serta ialah Pegawai Perpaduan Daerah, Pn. Noorassemah bt. Abdullah dan 3 orang kakitangannya.

Jawatankuasa seramai 25 orang ini dilantik dari kalangan 78 orang Pengerusi KRT yang terdapat dalam 3 buah daerah ini. Jawatankuasa utamanya ialah :

1. Pengerusi - Haji Abdul Kadir b. Mohamad (Pengerusi KRT Kg. Berjaya)

2. Timbalan Pengerusi - Haji Shuib @ Ismail b. Md. Isa (Pengerusi KRT Kg. Kebun Pinang) 

3. Setiausaha - En. Yahya b. Abd Raof (Pengerusi KRT Taman Utama)

4. Penolong Setiausaha - Pn. Azlina bt. Abdul Aziz (Pengerusi KRT Taman Seri Kota)

5. Bendahari - En. Mohd Anuar Affindi b. Abd Aziz (Pengerusi KRT Taman Seri Marina)

Objektif utama penubuhan jawatankuasa ini ialah :

a) Memperkasakan KRT yang pasif.
b) Menjadi badan penyelia kepada KRT supaya sentiasa aktif untuk mencapai matlamat penubuhan.
c) Memantau dan memberi dorongan dan nasihat kepada KRT yang kurang aktif.
d) Mengeratkan perpaduan di kalangan KRT.

Kunjungan selama satu jam setengah ini berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni dan saling bertukar pandangan dan melontarkan idea. Secara keseluruhannya ramai AJK hadir yang kagum dengan pandangan dan pendapat yang diberi dan dikupas oleh YB Dato' Dr. Leong Yong Kong yang merentasi pemikiran AJK sendiri.

Turut dibawa bersama dan diserahkan kepada beliau ialah kertaskerja permohonan kewangan untuk menjalankan bengkel pengukuhan KRT peringkat daerah ini. Alhamdulillah, beliau sudi memberikan peruntukkan berjumlah RM3,000.00 bagi melaksanakan bengkel ini.

Terima kasih daun keladi YB Dato' Dr. Leong Yong Kong.


























1 ulasan:

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin