KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Januari 09, 2016

** MAJLIS PERPISAHAN PERONDA SRS **


Pada 8 Januari 2016 KRT Taman Utama telah mengadakan majlis keraian perpisahan kepada En. Bolki b. Bolhi salah seorang Peronda SRS Taman Utama. Beliau dan isterinya Pn. Jamayah bt Haji Dawi, kedua-duanya berasal dari Kuching Sarawak dan bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia diarahkan bertukar ke PutraJaya mulai 15 Januari nanti.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam turut dihadiri oleh warga Taman Utama dan Jawatankuasa Masjid Seberang Pumpong. Beliau mulai menetap di Taman Utama pada tahun 2007 dan amat aktif menjalankan rondaan manakala Pn. Jamayah juga aktif bersama biro Jiran Wanita.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mereka berdua, segala jasa bakti anda berdua akan tersemat dalam ingatan warga Taman Utama. Semoga berjaya dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.

Panjang umur, InSyaAllah kita akan bertemu kembali.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kam antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan





Jiran Wanita membuat persiapan jamuan nasi daging.

















En. Bolki menyampaikan ucapan.















Pn. Jamayah bersama AJK Jiran Wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin