KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Jun 20, 2016

** REWANG RAMADHAN 1437H **


Pada 15 Jun 2016, KRT Taman Utama bersama Bank Simpanan Nasional Kedah telah berkerjasama mengadakan program memasak bubur lambuk untuk agihan kepada orang ramai. Program diadakan di Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong.

Program adalah rewang peringkat Negeri Kedah yang dijalankan serentak di seluruh negara. Setiap negeri BSN akan memilih 5 buah masjid untuk Rewang Ramadhan ini. Setiap masjid menerima peruntukkan RM3,000.00 untuk menyediakan 1000 bekas tupperware.

Di Masjid Seberang Pumpong, KRT Taman Utama berkerjasama pula dengan Jawatankuasa Khariah Masjid memasak 4 periok besar yang berjaya menghasilkan 1300 bekas bubur lambuk.

Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir dengan agihan kepada orang ramai selepas solat Asar. Pengarah BSN Kedah / Perlis, En. Abd Rani Saad turut hadir dan sudi memberikan ucapan ringkas dan memberi sedikit cenderahati kepada mereka yang terlibat menyediakan bubur ini.


Jiran Wanita KRT Taman Utama menyiang bahan yang akan digunakan.

AJK masjid menyediakan bahan.





Pengerusi  bersama En. Azwa Mohd Salleh, Ketua Sumber Manusia BSN yang menghubungi KRT Taman Utama untuk menyelaras program ini.

Kakitangan BSN.


















Pengerusi KRT Taman Utama mempengerusikan majlis pelancaran.



Pemberian cenderahati.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin