KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, September 14, 2016

*** KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2016 **

KRT Taman Utama telah dipilih sebagai tuanrumah pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena pada 20 Ogos 2016. Pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Rohai Zahar bin Nedi, Pengarah JPNIN Kedah di perkarangan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.

Turut hadir ialah Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah, Supt Wong Ing Fung, Pegawai Turus AMANITA PDRM Kedah, Tuan Haji Abdul Kadir b. Mohamad, Pegawai Khas YAB Menteri Besar, merangkap Pengerusi JawatanKuasa Permuafakatan KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena dan Pengerusi serta AJK KRT dalam tiga buah daerah ini.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Tuan Pengarah pada jam 10.30 pagi dengan diiringi oleh konvoi motorsikal KRT Flat Setia Jaya. Setibanya di Taman Utama beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengerusi KRT Taman Utama diikuti dengan pemeriksaan kawad Peronda SRS Taman Utama dan SRS yang berhampiran Taman Utama.

Turut diadakan sempena majlis ini ialah pameran kemerdekaan oleh Lembaga Muzium Negeri Kedah dan pertandingan mewarna Jalur Gemilang dan kuiz kemerdekaan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah serta pengagihan Jalur Gemilang kepada tetamau yang hadir. AJK KRT Taman Utama turut mengadakan treasure hunt kemerdekaan.

Persiapan awal oleh AJK KRT Taman Utama.











Jiran Wanita menyediakan menu makan tengahari.



Pendaftaran peserta acara yang dipertandingkan









Ucapan perasmian oleh Tuan Pengarah JPNIN Kedah.



Ucapan aluan Pengerusi KRT Taman Utama.











































































Segmen deklamasi sajak.




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin