KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, April 21, 2014

** MENINJAU SUNGAI SEDIM **


Pada 6 - 7 Jun 2014, bersempena Cuti Pertengahan Tahun Penggal Persekolahan 2014, KRT Taman Utama akan mengadakan Hari Keluarga. Jika pada tahun-tahun yang lalu Hari Keluarga ini di adakan di Pusat Rekreasi Titi Hayun, Yan, Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok dan Puncak Gunung Jerai, Yan, maka untuk tahun 2014 Jawatankuasa KRT Taman Utama telah memilih Daerah Kulim sebagai lokasi.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi bersama Setiausaha, Ketua Peronda dan 2 orang AJK telah pergi melihat lokasi tempat berkenaan pada 19.4.2014 lalu. Segala urusan berkaitan Hari Keluarga ini telah berjaya dibincangkan bersama dengan pemilik Sedim Eco Theme Park & Resort.

Kepada warga KRT Taman Utama yang berhasrat menyertai Hari Keluarga ini, sila hubungi Pengerusi dan Setiausaha. Tempat agak terhad.

Pengerusi KRT Taman Utama berposing di pintu masuk.

Tapak untuk didirikan khemah.

Air sungai yang jernih dan tenang mengalir.

Suasana dalam chalet yang berharga RM 140.00.

Chalet berharga RM 140.00.

Chalet berharga RM 150.00.

Suasana chalet berharga RM 150.00.

Pemandangan dari dalam chalet.

Pemandangan chalet yang terdapat dalam kem yang dipenuhi dengan pokok durian, cempedak, dokong, manggis, langsat dan rambutan.

Kedalaman airnya sesuai untuk anak-anak bermandi manda.

Dewan aktiviti.



Tempat makan.

Petugas sedang memberikan taklimat kepada pelajar sekolah yang pergi menyertai aktiviti jungle tracking.

Pelajar dari Pulau Pinang.





Inilah jambatan gantung yang menjadi daya tarikan utama di Sungai Sedim.







Ketua Peronda SRS berhenti melepaskan lelah di atas jambatan gantung. Panjang jambatan ini melebihi 1 kilometer.



Aktiviti flying Fox.

Redup dan sejuk mata memandang.

Menikmati keenakan ikan bawal di Restoran Bawal, di Sungai Petani, dalam perjalanan pulang.



Ahad, April 13, 2014

** RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI **


Selesai majlis Perjumpaan Awal Tahun warga Rukun Tetangga Negeri Kedah bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup pada 5 April 2014, di Hotel Grand Alora, Alor Setar, keesokan harinya Tan Sri Datuk Seri Panglima bersama delegasinya bertolak pulang ke kuala Lumpur.

Namun sehari sebelumnya, Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah telah menghubungi Pengerusi KRT Taman Utama meminta KRT Taman Utama menjadi tuan rumah majlis ramah mesra dan makan tengahari bersama Tan Sri Datuk Seri Panglima sebelum beliau berangkat pulang.

Majlis telah dilangsungkan di Restoran Selera Pokok Pisang yang terletak berhampiran KRT Taman Utama. Majlis secara santai ini telah disertai oleh beberapa kakitangan JPNIN Negeri, Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar dan AJK KRT Taman Utama sendiri.

Menu yang disajikan kepada mereka ialah masakan nasi ala kampong dan buah durian sebagai pencuci mulut.


Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Setiausaha Politiknya, Pengarah JPNIN Kedah dan Pengerusi KRT Taman Utama sedang menikmati sajian yang ditempah khas.

Kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar.

Blogger rancak berbual dengan Setpol yang merupakan orang Perlis.

Pn. Noor Hashimah melayani tetamu menikmati durian.



Puan Suria Baharom, Timbalan Pengarah JPNIN Kedah duduk semeja bersama Setiausaha Sulit dan Setiausaha Akhbar Tan Sri Datuk Seri.



Jiran Wanita KRT Taman Utama.

Tian Haji Mat Radzuan, Pengerusi Jiran Usia Emas membacakan doa selamat sebelum majlis bermula

Kakitangan JPNIN Negeri Kedah.

Anggota PKS - RT KRT Taman Utama bergambar bersama Menteri.



Tan Sri Datuk Seri Panglima bersama Pengarah JPNIN Kedah

Pengerusi KRT Taman Utama bersama teraju utama JPNIN.



Jiran Wanita bersama Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar.





Ketua Peronda SRS mengopek durian.



Antara menu yang disajikan.















Selasa, April 08, 2014

** MUSIM BUNGA DI TAMAN UTAMA **


Awal bulan April 2014 ini, kawasan Taman Utama iaitu di jalan masuk utamanya di Jalan Gangsa, telah dibanjiri oleh orang ramai yang datang untuk bergambar.

Ini disebabkan pokok-pokok bunga Sakura yang ditanam secara berjajar oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, sepanjang Jalan Gangsa dimana terletaknya Taman Utama mulai mengeluarkan bunga yang beraneka warna. Suasana pemandangan persis di luar negara seperti Korea dan Jepun. 

Kebanjiran orang ramai mulai memuncak apabila pihak media massa seperti akhbar Sinar Harian, Harian Metro dan Utusan Malaysia memaparkannya didada akhbar keluaran mereka..



Deretan pokok bunga sakura di jalan masuk Taman Utama.



Jiran Muda KRT Taman Utama berposing ala dalam drama winter sonata ...

Gambar ehsan Roslinda Hashim

Isnin, April 07, 2014

** ANUGERAH KRT CEMERLANG **


Pada 5 April 2014, JPNIN Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Awal Tahun bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

Majlis diadakan di Hotel Grand Alora, Mergong Alor Setar. Turut hadir ialah YB Dato' Dr. Leong Yong Kong, EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YBhg Dato' Azman Amin Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia dan En. Mohd Saidi Midin, Pengarah JPNIN Kedah.

KRT Taman Utama turut menerima jemputan menghadiri majlis tersebut yang diwakili oleh Pengerusi, En. Yahya Abd Raof, Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Jusoh Mat Daud, Bendahari, En. Ahmad Kamarol Osma Haji Othman, Ketua Peronda SRS, En. Zahid Abdullah dan AJK, En. Abdul Rashid Abd Rahman.

Turut diadakan sempena majlis tersebut ialah penganugerahan kepada KRT bagi seluruh Negeri Kedah. Alhamdulillah KRT Taman Utama telah dipilih untuk turut menerima  anugerah "KRT Cemerlang bagi Anugerah Penggunaan Sistem Maklumat Rukun Tetangga (e-RT) Tahun 2013".

Bagi anugerah ini KRT Taman Utama menerima anugerah sijil penghargaan dan geran wang tunai untuk menjana aktiviti. Anugerah ini dikurniakan kepada KRT yang aktif mengemaskinikan sistem maklumat Rukun Tetangga secara online yang disediakan oleh Ibu Pejabat JPNIN Malaysia, Putrajaya. 

Antara yang perlu dikemaskinikan dalam sistem tersebut ialah kemasukan aktiviti KRT, mesyuarat KRT, kewangan KRT dan aktiviti Skim Rondaan Sukarela.

Pada keesokan harinya iaitu pada 6 April 2014, KRT Taman Utama telah dipilih sebagai tuan rumah untuk majlis jamuan tengahari bersama YB Tan Sri Datuk Seri Joseph Kurup. Majlis ini akan dimuatkan dalam tempoh masa yang terdekat.


 

Pengerusi sedang menerima anugerah.

Wakil KRT Taman Utama di perkarangan hotel.



Kumpulan koir JPNIN Kedah.

Bendahari KRT Taman Utama, berbaju hijau.



Ketibaan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.









Gimik perasmian.

Gambar kenangan bersama Menteri dan EXCO.

Ketua Pengarah JPNIN Malaysia dan Pengarah JPNIN Kedah.






Blog Widget by LinkWithin