KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Mei 28, 2011

MAJLIS BACAAN YASIN.



Pada 26 Mei 2011, iaitu hari Khamis malam Jumaat, suatu majlis bacaan Yasin telah diadakan di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Jika pada malam Jumaat yang lain bacaan Yasin ini dilakukan oleh Jiran Wanita, Tunas Jiran dan Jiran Muda, majlis pada malam ini turut melibatkan golongan penduduk lelaki Taman Utama.



Tujuan diadakan ialah bagi memohon perlindungan Allah untuk kesejahteraan dewan dan seluruh AJK KRT Taman Utama yang menghadapi pelbagai fitnah dan tohmahan oleh segelintir pihak yang tidak senang dengan kemajuan dan kejayaan yang diperolehi oleh KRT Taman Utama apatah lagi dengan kejayaan membina sebuah dewan sendiri hasil gotong royong sumbangan orangramai.



Disamping itu majlis juga adalah bagi keselamatan pergi dan balik suami Pn. Noorhasimah bt. YUsof, AJK KRT Taman Utama yang berangkat menunaikan umrah pada malam tersebut dan kejayaan anak beliau memasuki IPTA di Ipoh, Perak. Beliau telah menyumbangkan 120 bungkus nasi ayam kepada penduduk yang hadir dimajlis bacaan Yasin tersebut.
























PENURAPAN JALAN.



Pada 24 Mei 2011, kerja-kerja penurapan beberapa jalan utama di Taman Utama mulai dilakukan oleh pihak kontraktor yang memperolehi tender berkaitan. Kerja-kerja penurapan ini adalah dibawah seliaan JKKKP Jalan Gangsa yang diketuai oleh Cikgu Shakib dari Taman Tunku Tabur yang terletak bersebelahan Taman Utama.


Projek ini mendapat peruntukan daripada Jabatan Pembangunan Negeri Kedah yang disalurkan melalui JKKKP. Blogger telah dihubungi oleh Cikgu Shakib pada bulan Februari 2011 yang meminta blogger mengenal pasti beberapa tempat yang difikirkan bersesuaian bagi menurap jalan yang mengalami kerosakan di Taman Utama.


Alhamdulillah, akhirnya projek ini dilaksanakan pada bulan Mei ini. Terima kasih kepada Cikgu Shakib.

















Selasa, Mei 24, 2011

CERAMAH KESELAMATAN


Pada 24 Mei 2011, sekali lagi ceramah motivasi berkisarkan isu keselamatan yang membabitkan pihak Bomba Dan Penyelamat telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Al-Quran, Darul Mawaddah yang dimiliki oleh En. Mokhtar b. Abd Rani, pemilik Restoran Tat Nasi Ayam. Dan sekali lagi beberapa orang AJK KRT Taman Utama terlibat dalam program ini.


Taklimat telah dihadiri oleh pelajar, waris pusat pengajian ini, pekerja restoran dan juga anak-anak qaryah Masjid Seberang Pumpong. Majlis kali ini telah diadakan dipremis pusat pengajian ini yang terletak dibelakang restoran Tat Nasi Ayam iaitu bersebelahan dengan Taman Utama.


Program bermula pada jam 7.00 malam dengan zikir munajat, solat Maghrib berjemaah, taklimat keselamatan, solat Isyak berjemaah, demontrasi memadam kebakaran dan jamuan ringan.



En. Mohd Mokhtar dan isteri.


Hadirin yang hadir.



Setiausaha dan Peronda SRS KRT Taman Utama menjadi juru audio majlis.


Pegawai Bomba Dan Penyelamat sedang menyampaikan taklimat keselamatan.




Penyampaian cenderamata kepada penceramah undangan dilakukan oleh Pengerusi Darul Mawaddah.


Demontrasi memadam kebakaran.




Masa untuk menjamu selera...


Sabtu, Mei 21, 2011

MESYUARAT KHAS BIRO KALI KE 2.



Mesyuarat ini diadakan susulan daripada mesyuarat yang dihadiri blogger bersama Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar pada 18 Mei 2011 lalu. Hasil mesyuarat tersebut KRT Taman Utama telah dipilih menyertai acara pertandingan aspek wanita dan sukaneka sempena Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kedah yang akan diadakan pada 27 - 28 Mei 2011.


Sebanyak 14 acara akan dipertandingkan pada program tersebut yang merangkumi kategori AJK KRT, Jiran Wanita, Tunas Jiran, Jiran Muda dan Jiran Usia Emas. Kesemua acara tersebut memerlukan 42 orang peserta. Alhamdulillah, hasil perjumpaan biro pada 21.5.2011 kesemua peserta telah berjaya dikenalpasti dan memberi persetujuan menyertai program tersebut.


Terima kasih kepada semua yang hadir terutama yang memberi persetujuan menyertai sukaneka tersebut.
















Rabu, Mei 18, 2011

MESYUARAT PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2011 PERINGKAT NEGERI KEDAH DARULAMAN.



Pada 18 Mei 2011, Pengerusi KRT Taman Utama telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut di Pejabat Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kota Setar / Padang Terap. Turut hadir ialah pengerusi dan wakil daripada KRT Rumah Pangsa Seberang Terus, KRT Perumahan Awam Mergong, KRT Taman Wira Mergong Zon 2, KRT Taman Mutiara, KRT Kampung Berjaya, KRT Taman Rakyat Mergong Zon 1 dan KRT Setia Bersatu.


Mesyuarat bermula pada jam 11.00 tengahari dan dipengerusikan oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap. Mesyuarat membincangkan program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kedah yang akan diadakan pada 27 hingga 28 Mei 2011 di KRT Rumah Pangsa Seberang Terus.

Pn. Noorassemah sedang mempengerusikan mesyuarat.









Isnin, Mei 16, 2011

PERJUMPAAN BIRO.


Pada hari Sabtu, 14 Mei 2011 pihak Jawatankuasa KRT Taman Utama telah mengadakan suatu perjumpaan khas biro. Biro yang terlibat ialah AJK KRT Taman Utama, biro Jiran Wanita dan Peronda SRS.


Perjumpaan diadakan di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama dan dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Taman Utama. Perjumpaan yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada 11.15 pagi ini telah menghasilkan impak yang berkesan dikalangan yang hadir.


Tujuan utama blogger mengadakan perjumpaan ini ialah bagi merakamkan gambar-gambar semua AJK biro-biro yang terdapat dalam KRT Taman Utama untuk menghasilkan suatu dokumentari / dokumentasi berkaitan KRT Taman Utama. Namun hanya Jiran Wanita sahaja yang hadir memberikan komitmen padu manakala AJK KRT dan Peronda SRS hanya 3/4 sahaja yang hadir kerana terlibat dengan tugas mereka yang lain.


Selesai taklimat dan sessi bergambar, kesemua yang hadir berkumpul mengikut biro masing-masing bagi membincang dan merangka program dan aktiviti yang bakal diadakan untuk tahun 2011.




Peronda SRS.




Biro Jiran Wanita.


Blog Widget by LinkWithin