Menjadi azam kami semoga tahun 2010 nanti KRT Taman Utama akan muncul sebagai antara KRT yang terbaik sekurang-kurangnya di Kawasan Kota Setar / Padang Terap. InsyaAllah berkat kerjasama AJK yang ada, kami akan cuba lakukan sebaik yang mungkin agar impian menjadi nyata.
Apa yang pasti SRS yang terhenti agak lama akan dihidupkan kembali dengan diterajui oleh En. Zahid b. Abdullah dengan bantuan En. Abd Rashid b. Omar dan En. Khoo Kek Hoo.
Selamat menyambut tahun baru 2010 untuk seluruh anggota KRT di seluruh MALAYSIA terutama kepada Ketua Pengarah JPNIN Malaysia, Pengarah JPNIN Kedah dan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap daripada Pengerusi dan AJK KRT Taman Utama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.