KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Disember 20, 2009

GOTONG ROYONG PINDAH RUMAH.

Pada 18 Disember 2009, mulai jam 5.00 petang, suatu gotong royong mengangkat peralatan rumah telah diadakan di rumah Pn. Fauziah bt. Abdul Majid di alamat no.1, Taman Utama. Beliau merupakan bekas AJK KRT Taman Utama sessi 2006/2008. Beliau dan Allahyarham suaminya iaitu Allahyarham Sarjan Mohd Sukri, seorang bekas anggota PDRM banyak menabur bakti dan jasa kepada KRT Taman Utama dan kepada JPNIN Daerah Kota Setar.
Allahyarham Sarjan Mohd Sukri merupakan pengasas kumpulan nasyid Tunas Utama yang terdiri dari Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Taman Utama. Kumpulan nasyid ini sering membuat persembahan apabila KRT Taman Utama mengadakan siri ceramah agama sempena Maal Hijrah, Israk Mikraj dan Awal Ramadhan. Selain nasyid beliau turut mengajar mereka bermain kompang.
Allahyarham Sarjan Mohd Sukri juga pernah dipanggil oleh pihak JPNIN Daerah Kota Setar untuk menjadi pembimbing kumpulan nasyid yang terdiri dari kalangan guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Kota Setar apabila menyertai pertandingan diperingkat daerah dan juga di peringkat negeri. Beliau meninggal dunia beberapa bulan yang lalu kerana komplikasi penyakit yang dialami oleh beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh.
Semoga Pn. Fauziah dan keluarganya akan berjaya dalam kehidupan yang dilaluinya selepas ini dan tabah serta sabar menghadapi ujian, apabila memulakan kehidupan baru di tanah tumpah darahnya sendiri iaitu Negeri Sembilan.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik kalian kami kenang jua
Pn. Fauziah bt. Abdul Majid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin