KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Disember 22, 2009

KRT TAMAN UTAMA SEBAGAI PERANTARA.

Disamping mengadakan aktiviti kemasyarakatan untuk penduduk Taman Utama, KRT Taman Utama juga sering dirujuk oleh pelbagai agensi lain untuk pelbagai maksud dan tujuan demi memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Antaranya oleh YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata yang meminta pihak KRT Taman Utama mengenalpasti pelajar yang memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam akademik, kematian dan penduduk yang akan mengadakan kenduri perkahwinan.
Pelajar yang memperolehi 5A dalam UPSR akan diberikan sumbangan sebuah basikal dan wang tunai RM 200 manakala yang berjaya ke IPTA dan IPTS akan diberikan sumbangan wang tunai RM 500.00. Bagi kematian akan diberikan set peralatan mengkapan jenazah manakala yang akan mengadakan kenduri perkahwinan akan menerima sumbangan 50 kilo beras dan 500 biji telur.

Jiran Muda KRT Taman Utama yang memperolehi 5A dalam UPSR dan menerima RM 200 dan sebuah basikal bergambar bersama YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md. Hanipah.
En. Ku Zullkhairi b. Ku Yahya, Penolong Setiausaha KRT Taman Utama, juga AJK UMNO Bahagian Alor Setar sedang menyampaikan sumbangan beras dan telur kepada En. Nazer b. Shaari.

Pn. Rasinah bt. Hasan dan anaknya yang akan melangsungkan perkahwinan pada 26 Disember 2009 sedang menerima beras sumbangan yang diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin