KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Mei 22, 2010

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA.

Pada 21 Mei 2010, Jawatankuasa KRT Taman Utama dan penduduk Taman Utama telah menyertai Gotong Royong Perdana membersih persekitaran kawasan Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong sempena Program Mesra Bersama Anak Qaryah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa masjid tersebut. Ketua SRS KRT Taman Utama, En. Zahid b. Abdullah telah sudi menaja 60 bungkus nasi lemak pada pagi program gotong royong tersebut.

KRT Taman Utama turut terlibat secara langsung dalam program tersebut kerana Setiausaha KRT Taman Utama telah dilantik sebagai Setiausaha program tersebut dan turut melantik beberapa orang AJK dan penduduk lain sebagai urusetia kecil dalam program. KRT Taman Utama akan menjayakan slot sukaneka dalam program tersebut dan pihak jawatankuasa telah meluluskan RM 200.00 untuk sumbangan hadiah sukaneka.

Tentatif program adalah seperti berikut :

21 Mei 2010, Jumaat - Program Gotong Royong Perdana.

22 Mei 2010, Sabtu - Pertandingan futsal remaja dikalangan anak qaryah masjid.

27 Mei 2010, Khamis - Pertandingan memancing di belakang Masjid Al-Hussain.

28 Mei 2010, Jumaat -

  1. Pertandingan mewarna.
  2. Acara sukaneka.
  3. Sepak raga tuju.
  4. Gubahan hantaran perkahwinan.
  5. Anyaman.
  6. Pameran oleh pelbagai agensi jabatan kerajaan.
  7. Cabutan bertuah.
  8. Ceramah agama.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Yang Berbahagia Dato' Syeikh Uzair b. Baharom pada jam 9.30 pagi.

Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Jusoh b. Mat Daud, En. Zahid b. Abdullah dan En. Mohd Fadzil b. Ibrahim beroperasi di kawasan hadapan masjid.

Operasi membersih kawasan tepi sungai di belakang masjid untuk arena pertandingan memancing pada 27.5.2010.

Jiran Muda beroperasi di kawasan pagar masjid.

Jiran Muda menikmati nasi lemak bungkus sumbangan En. Zahid.

En. Din b. Mansor (sedang mencakar sampah) bersama beberapa orang Jiran Muda membersih kawasan gelanggang sepak raga tuju.

Mantan Pengerusi KRT Taman Utama, En. Ismail b. Haji Kasim ( atas ), manakala Pengerusi sekarang, En. Mohamad Noor b. Harun ( bawah ) saling berkerjasama untuk mencantas dahan pokok di perkarangan masjid.

Pengerusi KRT, berbaju merah sedang melarikan diri kerana tak tahan dengan asap sampah sisa buangan gotong royong yang dibakar oleh Tuan Haji Mat Radzuan Ibrahim, berbaju hijau.

Jiran Muda sedang mengukur gelanggang sepak raga tuju yang akan dipertandingkan pada 28.5.2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin