KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Mei 01, 2010

TAKLIMAT SRS KALI KE 3

Pada 29 April 2010, Skim Rondaan Sukarela telah mengadakan taklimat khas untuk kali ke 3 kepada sukarelawan SRS KRT Taman Utama. Taklimat kali ini telah disampaikan oleh En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai Perpaduan Negeri Kedah yang diiringi oleh En. Abdul Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap.

Taklimat berlangsung dalam cuaca yang buruk kerana hujan lebat dan guruh serta petir yang sabung menyabung. Namun semuanya itu tidak melemahkan pegawai yang memberikan taklimat, begitu juga dengan semangat jitu yang dipamerkan oleh seramai 16 orang sukarelawan yang sanggup meredah hujan malam dan guruh petir tersebut demi untuk mengikuti taklimat yang disampaikan sendiri oleh pegawai JPNIN Negeri Kedah yang menyelaras skim tersebut.

Alhamdulilah, walaupun cuaca buruk, taklimat ini berjaya menyuntik dan memberikan input yang baru kepada sukarelawan yang hadir. Pelbagai persoalan dan isu yang berkaitan dengan SRS ini berjaya di ketengahkan oleh pegawai dan sukarelawan yang hadir.

Diakhir taklimat, Ketua Sukarelawan, En. Zahid b. Abdullah telah sudi menaja sajian pulut durian kepada mereka yang hadir. Kesejukan malam dan kelembapan cuaca dek hujan yang turun telah dipanaskan kembali oleh durian yang disajikan. Terima kasih kepada En. Zahid!

Taklimat yang bermula pada jam 10.30 malam telah berakhir pada jam 12.00 malam. Selesai taklimat, sukarelawan telah mengadakan operasi rondaan dan berakhir pada jam 4.30 pagi.

En. Mohd Yusof b. Daud (berbaju korporat) sedang menyampaikan taklimat.

Antara sukarelawan yang hadir.


Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama, Tuan Haji Jusoh b. Mat Daud sedang menyampaikan cenderahati kepada En. Mohd Yusof b. Daud. ( nak sama pula nama mereka )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin