Seperti program yang terdahulu persiapan menjayakannya bermula dari jam 10.00 pagi di Pos SRS. Namun bagi program kali ini mendapat sambutan yang agak luar biasa apabila ramai dikalangan jiran tetangga yang turun membantu menyertai program ini. Begitu juga dengan Jiran Muda yang turut membantu program ini seperti membakar menu untuk berbuka puasa dan urusan penghantaran menu yang telah siap dimasak ke masjid.
Secara keseluruhannya program Ihya' Ramadhan tahun ini mendapat sambutan hebat dari penduduk Taman Utama dimana sebanyak RM 1342.00 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan daripada penduduk. Semoga sumbangan ini mendapat keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Taala.
Jiran Wanita sedang memproses bahan basah mentah.
Proses packing bihun yang akan dihantar ke masjid.
Jiran Muda sedang melakukan penghantaran bihun ke masjid.
Menu untuk berbuka puasa ... daging bakar..
Ikan kembung bakar....
Urusan menggoreng bihun diterajui oleh kaum lelaki..
Jiran Muda turut membantu membakar ikan ....
Fuyoo, holiau ma ....
Saat-saat hampir masuk waktu berbuka puasa...
Kerana kesempitan ruang, Jiran Muda terpaksa berbuka di atas simen...
Jiran Wanita yang menyertai majlis berbuka puasa...
Mana gambar orang lelaki ? alamak ! blogger terlupa nak shoot pula sebab nak makan ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.