KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Ogos 29, 2010

IHYA' RAMADHAN 1431H - 2


Pada 28 Ogos 2010, sekali lagi program berbuka puasa dan jamuan moreh diadakan oleh KRT Taman Utama dan Pakatan Taman Utama. Program ini diadakan di pos Skim Rondaan Sukarela mulai jam 10.00 pagi. Menu pada hari tersebut ialah Nasi Minyak. Sebanyak 15 kilo beras dan 10 kilo daging telah digunakan bagi menyiapkan 200 paket nasi ini yang dihantar ke Masjid Seberang Pumpong untuk majlis berbuka puasa manakala selebihnya akan dijadikan sebagai jamuan moreh yang diagihkan kepada ahli jemaah yang selesai menunaikan solat terawikh.

Pada kali ini pihak jawatankuasa turut mengadakan majlis berbuka puasa dikalangan penduduk yang bergotong royong menyediakan menu tersebut. Amat meriah sekali apabila dikalangan mereka yang hadir turut membawa juadah berbuka dari rumah masing-masing untuk turut dinikmati bersama-sama.

Jiran Wanita sedang memproses bahan basah di dalam rumah En. Din Mansor.

En. Abd Rashid sedang memulakan masakan.

Sambil berbual, tangan tetap berkerja...

Tuan Haji Jusoh Mat Daud, Pengerusi Pakatan Taman Utama merangkap Timbalan Pengerusi KRT sedang mengawasi proses menyediakan masakan.

Urusan "packing" diserahkan kepada Jiran Wanita.

Jiran Muda turut tidak ketinggalan menyertai gotong royong.

Saat hampir waktu berbuka puasa... air minuman merah ialah air tembikai

Tu dia... Jiran Muda sedang beraksi sewaktu berbuka puasa...



Semoga kegiatan seperti ini mendapat ganjaran pahala yang berganda oleh Allah Taala.. Aminnn...

2 ulasan:

  1. Salam sejahtera~ Jom sertai www.i-Neighbour.com hari ini untuk membina jiran tetangga, bertemu dengan jiran, interaksi dan berkongsi dengan mereka~~ sementara itu, anda juga boleh memenangi mata ganjaran untuk menebus hadiah percuma~~
    Jangan lepaskan peluang ini~!!

    Selamat berpuasa :)

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera~ Jom sertai www.i-Neighbour.com hari ini untuk membina jiran tetangga, bertemu dengan jiran, interaksi dan berkongsi dengan mereka~~ sementara itu, anda juga boleh memenangi mata ganjaran untuk menebus hadiah percuma~~ Jangan lepaskan peluang ini~!!

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin