KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, September 23, 2010

PROGRAM GERAK PADU RT 1 MALAYSIA

Program peringkat Negeri Kedah anjuran JPNIN Negeri Kedah ini telah dilangsungkan pada hari Sabtu, 25 September 2010 di Taman Derga Jaya, Alor Setar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk T. Murugiah, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan sempena program ini yang turut melibatkan penyertaan beberapa KRT yang terdapat dalam Daerah Kota Setar. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pameran gerai agensi kerajaan dan swasta, pameran jualan produk KRT, pertandingan mewarna, senamrobik, pertandingan karaoke, pertandingan aspek wanita dan perarakan tanglung.

KRT Taman Utama turut diundang oleh pihak JPNIN Negeri Kedah untuk menyertai program ini bertujuan untuk mengetengahkan program kitar semula di KRT Taman Utama yang dikendalikan bersama dengan Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd.

Walaupun keadaan cuaca di kawasan Alor Setar sering dilanda hujan dalam minggu ini, namun Alhamdulillah pada hari berlangsungnya program ini cuaca amatlah elok dan program ini dapat berjalan dengan lancarnya.




Jawatankuasa KRT Taman Utama bergambar kenangan bersama YB Datuk T. Murugiah di depan booth pameran KRT Taman Utama.


Pentas Utama.


Setiausaha dan beberapa orang AJK sedang menyiapkan gerai pameran.


Aktiviti senamrobik dan Tai Chi yang dijalankan di waktu pagi.


YB Datuk T. Murugiah sedang mendengar taklimat program kitar semula.


Pn. Noorhashimah bt. Yusof, AJK KRT Taman Utama sedang menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk T. Murugiah.


YB Datuk T. Murugiah sedang mencuba motorsikal yang kini sedang diperkenalkan kegunaannya untuk memungut sampah dan bahan kitar semula di kawasan Taman Utama.




Jawatankuasa KRT Taman Utama dan kakitangan environment IDAMAN yang bertugas di booth pameran pada hari tersebut.


Setiausaha bergambar dengan Peronda SRS KRT Sri Derga yang menjual lemang panas pada hari tersebut.




Gerai KRT Taman Wira Mergong.


Gerai KRT Taman Derga Jaya.


Gerai AADK.




En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Kedah sedang berucap di majlis pelancaran.




Setiausaha bersama Pak Long, penyanyi yang kini hangat dengan lagu Selagi Ada Rindu, yang turut membuat persembahan pada program tersebut.


Pn. Noorhashimah Yusof, AJK KRT Taman Utama yang menyertai pertandingan gubahan bahan terpakai bergambar bersama pembantu beliau yang menghasilkan gubahan bertajuk Lingkaran Nur Kasih. Mereka telah mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan tersebut.


Aksi Tunas Jiran KRT Derga Jaya yang muncul sebagai johan pertandingan karaoke. Wa caya lu lah..... ( lagu Mantera Semerah padi - M. Nasir dan Terima Kasih - Awie )

Pn. Noorhashimah dengan hadiah kemenangan bergambar bersama Puan Suria bt. Baharom, Penolong Pengarah JPNIN Kedah ( berdiri di tengah ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin