KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Januari 09, 2011

HADIAH TAHUN BARU

Komputer sumbangan JPNIN Negeri Kedah.

Alhamdulillah, pada tahun 2011 ini satu lagi sumbangan telah diperolehi oleh KRT Taman Utama iaitu sumbangan set komputer daripada pihak Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah.
  • Sumbangan ini adalah ekoran surat permohonan oleh Setiausaha yang dihantar kepada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah pada akhir Disember 2010 lalu.

Permohonan dikemukakan kerana semenjak penubuhan KRT Taman Utama pada tahun 2004, semua urusan berkaitan KRT seperti surat menyurat dan seumpamanya dilakukan oleh Setiausaha di tempat kerja beliau yang terpaksa dilakukan pada waktu rehat atau selepas waktu kerja menyebabkan beliau seringkali terpaksa pulang lewat ke rumah. Hal sedemikian adalah kerana ketiadaan peralatan komputer oleh KRT dan dirumah beliau sendiri.

Namun dalam ketiadaan komputer ini KRT Taman Utama masih mampu memperolehi pelbagai anugerah dan sumbangan, apatah lagi selepas mempunyai kemudahan ini sendiri selepas ini. Semoga pemberian komputer ini akan menyemarakkan lagi semangat beliau dan AJK yang lain dalam merangka, mengatur dan menjalankan aktiviti untuk warga Taman Utama.

Komputer ini telah diterima sendiri oleh Setiausaha di pejabat JPNIN Daerah Kota Setar setelah menerima panggilan daripada Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap pada 9 Januari 2011. Buat sementara waktu komputer ini ditempatkan di rumah Setiausaha kerana Pusat Rukun Tetangga yang masih dalam pembinaan lagi belum dipasang jerjak besi.

Terima kasih kepada Tuan Pengarah dan Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN Negeri Kedah yang perihatin dan peka dengan masalah ketiadaan komputer di KRT Taman Utama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin